Layan ubi rebus, lempeng, lemang kukus di Tingkap Cafe, PJ Old Town. Makanan sedap, deko ala retro

A
A
A

MAKAN ubi rebus, lempeng sambal tumis dan lemang kukus di tengah bandar Petaling Jaya, Selangor.

Jika anda berasakan itu mustahil, anggapan itu sudah tidak benar.

Kehadiran Tingkap Cafe yang terletak di PJ Old Town telah menjadikan impian penduduk kota menikmati sajian kampung dengan mudah pada harga berpatutan menjadi kenyataan.

Pengasasnya, Nurul Adila Redzuan ketika ditemui baru-baru ini berkata, beliau tidak menyangka pertaruhannya berbuat demikian membuahkan hasil.

Nurul Adila berbangga kerana bukan sahaja dalam kalangan orang Melayu, malah pelanggan berbangsa Cina dan India membanjiri premisnya setiap hari.

TINGKAP KAFE

"Sambutan memang sangat memberangsangkan. Bayangkan ramai yang sanggup beratur panjang sejak awal pagi semata-mata nak dapatkan tempat.

"Rata-ratanya meluahkan rasa gembira mereka dapat menikmati menu klasik jarang-jarang jumpa di kota metropolitan. Hidangan seperti lempeng, ubi rebus, lemang kukus atau pulut babat dan kuih-muih tradisional memang laris," kata bekas jurusolek tersebut yang mengusahakan kafe tersebut bersama suami, Syahid Johan dan abangnya, Mohd Azlizam.

TINGKAP KAFE

TINGKAP KAFE

TINGKAP KAFE

Tidak hanya itu, sajian lain seperti lontong, mi kari, aneka makanan warisan Kelantan seperti nasi tumpang, nasi kerabu serta nasi dagang juga boleh didapati dari awal pagi hingga petang.

 

“Untuk lemang kukus, kami hanya tawar sebanyak 30 batang pada hujung minggu sahaja. Ia digandingkan dengan rendang daging yang dibuat khas oleh ibu saya sendiri, Zarah Mansor,” ceritanya yang sebelum ini berniaga kuih tepung pelita.

TINGKAP KAFE

TINGKAP KAFE

Namun, paling mencuri tumpuan penulis adalah menu satenya yang dibakar secara langsung di depan premis. Ah! Selera anda pasti membuak-buak.

Baca juga Sarapan lempeng, ubi rebus sambal power dalam kafe hipster, ini pilihan destinasi selera ala kampung wajib singgah

Ujar Nurul Adila, setiap hidangan akan dipersembahkan menggunakan pinggan dan dulang lama yang dibeli di sekitar Muar, Johor dan Taiping, Perak.

TINGKAP KAFE

Berkongsi sedikit tentang idea penubuhan Tingkap Cafe, anak jati Selayang, Selangor itu berkata, beliau sememangnya mengimpikan untuk mengasaskan sebuah kafe yang unik dan mampu bertahan dengan keenakan air tangan orang lama.

SinarPlus pasti kunjungan anda ke sana tidak mengecewakan kerana dekorasi dalamannya memang memiliki aura kedesaan.

TINGKAP KAFE

Di dinding premis tersebut, terdapat lebih lima tingkap rumah tradisional Perak berusia lebih 70 tahun pelbagai warna dan desain yang disusun kemas.

Baca juga Warung Kopi Tiga Lima bangkit nostalgia dulu-dulu. Kopi memang kaw, makanan tradisi memang padu

Selain itu, mata anda pasti tertancap melihat seterika tradisional, kipas antik, televisyen analog, mangkuk tingkat, mesin jahit Singer dan banyak lagi.

TINGKAP KAFE

Meja dan kerusi yang dibeli dari kedai perabot terpakai dilihat disusun kemas dan kena dengan konsep vintaj yang mahu dipersembahkan.

Sambil makan, anda akan dibuaikan dengan dendangan lagu lama seperti Tan Sri P Ramlee, Saloma, Roekiah dan banyak lagi.

TINGKAP KAFE

Tingkap Cafe

Alamat: 52, Jalan 1/14, PJ Old Town, Petaling Jaya, Selangor

Waktu operasi: 8 pagi hingga 5 petang

Menu signatur: Lemang kukus, ubi rebus dan lempeng sambal tumis

Harga: Serendah RM3.50

Instagram: @tingkap_cafe

TINGKAP KAFE

#jommakan

Pengenalan nama yang unik untuk kafe, kedai makan atau restoran antara strategi terbaik untuk menarik perhatian orang ramai.

Tidak hanya itu, sudah pasti sajian yang disediakan mestilah unik, lazat dan harga juga tidak terlalu mahal.

TINGKAP KAFE

Justeru, selain Tingkap Kafe, SinarPlus menjejak empat lagi lokasi yang secara kebetulan menggunakan nama tingkap dan menu klasik untuk disinggahi. Antaranya:

TINGKAP KAFE

Tingkap Kopi

Alamat: Lot 756-D, Sungai Lokan, Sungai Dua, Butterworth, Pulau Pinang

Waktu operasi: 1 petang hingga 10 malam

Menu signatur: Sup Tingkap dan Kopi Tingkap

Facebook: Tingkap Kopi

Instagram: @tingkap_kopi

TINGKAP KAFE

Kuantan Pickers

Alamat: 22, Jalan Besar, Kuantan, Pahang

Waktu operasi: 7.30 pagi hingga 5 petang

Menu signatur: Sate, roti bakar telur goyang, mi rebus dan Kopi Kuantan Pickers

Facebook: Kuantan Pickers & Kedai Kopi

Instagram: @kuantanpickers

TINGKAP KAFE

Koppee Tingkap

Alamat: Lot 407, Jalan Rizab Dahlan 4, Kampung Bukit Kuching Tengah, Jeram, Selangor

Waktu operasi: 12 tengah hari

hingga 6.30 petang

Menu signatur: Biscoft Koppee

Facebook: koppeetingkap

Instagram: @ koppeetingkap

TINGKAP KAFE

Ais Tingkap

Alamat: 2, Lebuh Tamil, George Town, Pulau Pinang

Waktu operasi: 11 pagi hingga 7 malam

Menu signatur: Air sarbat

Facebook: Ais Tingkap Penang Road

Instagram: @heritageaistingkap

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca