Lebih 2,200 share, ini resipi aiskrim Malaysia cream cheese untuk 60 batang, enak & gebu disukai ramai
Lebih 2,200 share, ini resipi aiskrim Malaysia cream cheese untuk 60 batang, enak & gebu disukai ramai
AISKRIM Malaysia memang kegemaran ramai terutama ketika cuaca panas.
Adunan pelbagai berperisa diisi ke dalam plastik memanjang sebelum dipintal kemudian dibekukan. Memang sedap, bukan sahaja sebagai kudapan tetapi boleh menyejukkan badan.
Trend aiskrim homemade perisa Choki Choki, Sumi dan Nutella sudah lama berlalu, kini timbul pula aiskrim Malaysia berintikan krim keju.
Baca juga: Lebih 1,200 share, resipi Aiskrim Soda Sakura tular, sedap dan berais halus
Aiskrim Malaysia memang sedia sedap, makin bertambah enaklah jawabnya. Resipi ‘hot selling’ yang dikongsikan oleh pengusaha aiskrim Malaysia, Nurul Zainuddin ini boleh anda dicuba. Confirm menjadi!
“Rezeki ALLAH nak bagi, sekarang saya jadi penjual aiskrim Malaysia. Ini antara aiskrim yang laris.
“Aiskrim berperisa dengan filling cream cheese, setiap warna tu perisa yang berlainan,” kongsinya.
Menurut Nurul, resipi ini akan menghasilkan 50 hingga 60 batang aiskrim mengikut saiz plastik yang digunakan.
Baca juga: Comelnya & sedapnya puding sumi, ini resipi untuk 25 bekas, simple tapi laku keras
AISKRIM MALAYSIA BERINTI CREAM CHEESE
Bahan-bahan
Bancuhan susu
2 tin susu cair [BELI DI SINI]
2 tin susu pekat [BELI DI SINI]
10 tin air masak
Sedikit garam dan gula
Emulco (apa sahaja perisa yang disukai. Contohnya emulco pandan untuk aiskrim pandan cheese)
Bancuhan inti
500 gram cream cheese (dicadangkan jenama Tatura) [BELI DI SINI]
2 sudu besar susu pekat [BELI DI SINI]
Plastik aiskrim secukupnya [BELI DI SINI]
Cara penyediaan
1-Masak 10 tin air bersama dua tin susu pekat dan dua tin susu cair.
2-Kacau sehingga sebati dan masukkan sedikit garam dan gula untuk dapatkan rasa lemak manis.
3-Masak adunan sehingga mendidih dan kemudian asingkan bancuhan susu untuk diletakkan emulco atau perisa.
4-Bancuhan ini banyak. Jadi anak boleh mempelbagaikan perisa yang digemari.
5-Sementara menunggu bancuhan susu sejuk, bolehlah sediakan bancuhan cream cheese.
Baca juga: Mudahnya buat tortilla wrap homemade, hanya 5 bahan sedap & mengenyangkan, jimat duit
6-Satukan 500 gram cream cheese bersama dua sudu besar susu pekat.
7-Putar atau kacau kedua-dua bahan ini sehingga kembang.
8-Apabila siap masukkan cream cheese ke dalam piping bag. Picitkan ia ke dalam plastik aiskrim.
9-Ratakan cream cheese yang dipaipkan.
10-Apabila bancuhan susu sudah sejuk, isikan ia kedalam plastik aiskrim yang sudah dipaipkan cream cheese tadi. Kemudian pintal bahagian hujungnya.
Selamat mencuba!
Sumber: Nurul Zainuddin
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang