Lebih maskulin dengan rona hitam, putih. Lelaki ini juga hanya beli perabot, perkakas di Shopee & IKEA saja

Untitled design - 2023-09-22T155421.878
Untitled design - 2023-09-22T155421.878
A
A
A

Lebih maskulin dengan rona hitam, putih. Lelaki ini juga hanya beli perabot, perkakas di Shopee & IKEA saja

SEMUA orang akan mengangguk setuju jika SinarPlus katakan dapur merupakan nadi penting dalam sebuah kediaman.

Selain menjadi tempat penyediaan makan dan minum, ia juga menjadi ruang sosial seisi keluarga.

Justeru, peri pentingnya untuk kita memberi sentuhan penuh kasih dan sayang serta perhatian terhadap seni bina termasuk dekorasi dapur.

dapur

Bukan apa, pendekatan itu bukan hanya menyuntik lebih semangat, malah memberi mood untuk memasak pelbagai jenis lauk-pauk. Pastinya, masakan juga akan menjadi lebih sedap, kan?

Baca ni ‘Berlakon pandai & masak pun boleh. Sukanya konsep open kitchen tu.’ Shaheizy Sam tayang ruang dapur bikin ramai kagum

Jadi, ungkapan yang menyebut dapur merupakan 'jantung' bagi sebuah rumah memang tepat sama sekali.

Khairul Abdullah antara individu yang mengakui hakikat berkenaan. Sehubungan itu, beliau memilih untuk menerapkan rona monokrom iaitu hitam dan putih bagi mencetuskan aura keindahan serta mood selesa.

Dominasi warna tersebut yang melatari keseluruhan ruang, menjadikan dapurnya tampak rapi dan praktikal.

dapur

Sekali pandang, setiap susun atur perkakas termasuk kelengkapan memasak dan bahan kering nampak kemas.

Bukan sahaja di dapur, tema hitam, putih dan sedikit percikan kelabu termasuk penggunaan kayu berkualiti mewarnai keseluruhan rumah berkeluasan 289.86 meter persegi itu.

Ujar Khairul, kediamannya jenis built up (kawasan terbina) memiliki empat buah bilik dan bilik air.

Beliau juga memang sengaja memilih simbahan nuansa putih di dinding.

"Seperti yang ramai maklum, warna tersebut akan membuatkan ruang lebih luas, tenang dan tidak panas. Pemilihan lampu pula daripada jenis warm white agar rumah peroleh pencahayaan yang lebih baik, dim dan romantik," ungkapnya.

dapur

Ditanya mengapa konsep seumpama itu menjadi pilihan hati, ujar perunding takaful itu, ia nampak lebih maskulin dan menerapkan sedikit konsep industri.

"Kalau mahu diikutkan, rumah sekarang sifatnya sama seperti kediaman lama saya ketika tinggal di Jerman," katanya.

Baca lagi ‘Cantiknya wet kitchen ala tepi taman.’ Ruang Dapur Memey Suhaiza curi perhatian. Kemas & kreatif!

Ilham idea sendiri

Akui Khairul lagi, beliau tidak menggunakan khidmat mana-mana pereka dalaman. Segenap yang terhidang di kediamannya adalah hasil cetusan idea dan kreativiti sendiri.

"Ia termasuklah menebuk dinding, pasang rel langsir dan semua lampu kipas. Selain terpaksa tebuk kayu table top, saya juga kena pastikan singki dan tungku (hob) dipasang dengan betul.

"Mujur ada bantuan adik-adik yang tolong pegang, ukur, tebuk dan pasang. Pada saya, bab pemasangan kabinet dapur adalah yang paling mencabar," kata bapa tunggal kepada tiga cahaya mata lelaki itu lagi.

Mengenai perabot pula, Khairul tetap memilih warna hitam dan putih. Terdapat beberapa perkakasan terdiri daripada segmen kayu.

dapur

"Padanan tersebut lebih memperlihatkan elemen classy dan semestinya 'lebih jantan' sesuai dengan empat orang lelaki yang berada dalam rumah ini, selorohnya sambil tertawa besar.

Kepada penulis, lelaki berumur 48 tahun itu berkata, beliau selesa menggunakan peralatan daripada IKEA.

Jenama tersebut beritahunya, memenuhi kehendak beliau dan mudah untuk diterjemahkan ke dalam setiap bilik mahupun ruang tamu.

Baca lagi Sheila Rusly tayang ruang dapur bikin ramai kagum. Kemas & cantik macam showroom!

"Saya beli secara berperingkat-peringkat. Lagi satu, harganya juga masih dalam lingkungan mampu milik.

"Selain IKEA, saya juga membeli barangan terus daripada platform Shopee kerana lebih murah. Antaranya termasuklah singki dapur, paip, tungku dan hud dapur," katanya.

dapur

Dalam memastikan setiap barangan dalam rumah terpelihara dengan baik, Khairul berkongsi tip berguna.

Ajar beliau, selepas menggunakan sesuatu item, lebih baik dibersih dan dikemaskan setiap kali selepas guna.

"Untuk pembersihan alatan yang diperbuat daripada kayu pula, guna minyak khas yang dijual di pasaran," katanya yang sudah setahun menginap di kediaman baharunya itu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca