Leretkan saja kat tepi kuali, rempeyek kacang hijau tanpa acuan siap. Cepat dan senang nak buat

MAKAN kerepek sambil menonton cerita Korea atau apa sahaja drama kegemaran di kaca TV memang layan habis.

Krup krap krup krap memang tak sedar habis sebalang.

Selain kacang, selalunya rempeyek atau tumpi adalah antara pilihan kerepek yang boleh membuatkan kita ralit makan.

Kudapan itu lazimnya dihasilkan dalam pelbagai versi dan rasa.

Sesetengah orang menghasilkan kuih berkenaan menggunakan kacang tanah, dal dan kacang hijau.

Baik, kali ini SinarPlus ingin kongsikan resipi tumpi kacang hijau ‘gaya bebas’ iaitu tidak menggunakan acuan.

Baca juga: Rangup & garingnya rempeyek! Ini resipi mudah hasilkan 200 keping, sedap sangat, elok kejadian

tumpi

Hanya dileretkan di tepi kuali sahaja.

Resipi mudah dan pantas tersebut adalah hasil perkongsian seorang pengguna, Al-Fadhilati Mohd melalui satu entrinya di Facebook.

Baca juga:Swiss roll mini dengan warna ceria. Lembut, sedap dan padu. Ini resipi senang nak buat

Baca juga: Simple tapi sedap. Wanita ini kongsi resipi cara masak mi jawa kuah pekat, padu sejak 2009 lagi

 

Berikut dikongsikan bahan-bahan dan cara penyediaannya.

Bahan-bahan

200 gram (g) tepung beras (guna cap Teratai) [BELI DI SINI]
200g tepung ubi kayu (guna cap Kapal ABC) [BELI DI SINI]
200g kacang hijau (direbus dahulu lebih kurang 30 minit) [BELI DI SINI]
5 ulas bawang putih [BELI DI SINI]
4 biji buah keras [BELI DI SINI]
30g biji ketumbar (ditumbuk kasar) [BELI DI SINI]
5 hingga 10 helai daun limau purut (dihiris nipis)
420ml air
150g santan [BELI DI SINI]
1 biji telur (saiz A)
1 hingga 2 sudu kecil garam [BELI DI SINI]

tumpi

Cara penyediaan:

1. Masukkan tepung, kacang hijau dan kesemua bahan kecuali air ke dalam bekas yang sesuai.

2. Kemudian tuangkan air sedikit demi sedikit sambil kacau adunan biar mesra dan tidak berketul tepungnya. Adunan biar sedikit cair, barulah rangup dan nipis tumpinya nanti.

Iklan

3. Panaskan minyak dalam kuali (api sederhana). Minyak sudah panas, leretkan adunan di sepanjang bahagian tepi kuali. Alih-alihkan hingga kekuningan.

4. Bolehlah diangkat apabila sudah golden brown. Sejukkan dan sedia dimakan pada bila-bila masa.

Baca juga:Resipi Rendang Daging Minang ori dari Padang, Indonesia. Lebih padu, tak guna kerisik, tak perlu tumis, jom cuba

Baca juga: Resipi rare, wanita ini kongsi resipi kek belimbing buluh. Rasanya dijamin tak masam langsung

Melihat kepada cara penyediaannya memang mudah, tak perlu risau dengan bentuk tumpi yang dihasilkan.

Paling penting rasanya sedap.

Iklan

Sekali buat pula memang akan dapat banyak.

Jadi, selain untuk makan sendiri, bolehlah bawa untuk dijadikan kudapan majlis kenduri jiran atau saudara nanti.

Selamat mencuba semua.

Sumber: Al-Fadhilati Mohd

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!