Love, Bonito khas untuk ibu dan anak-anak bergaya. Sedondon lagi menarik

KEPADA para ibu yang sentiasa mementingkan gaya dan fesyen, jenama Love, Bonito memang sesuai dijadikan pilihan.

Paling menarik perhatian kami adalah koleksi Terra Block yang diilhamkan daripada gaya dan seni visual, Art Deco.

Antaranya jumpsuit berwarna hitam yang lebih sopan jika dipadankan dengan kardigan.

Begitu juga dengan dres Katrine Padded Tiered dengan nuansa polos hijau.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by sinarplus (@sinarplus)

Khas untuk ibu yang masih menjaga si kecil, himpunan Embrace Maternity yang gerenti selesa harus direbut.

Lindsey Maternity Nursing Button Down Knit Dress dan Nalla Maternity Nursing Pleat Jumpsuit antara pakaian memudahkan golongan itu menyusukan bayi. Ia dilengkapi dengan butang di depan dan penutupan zip di sisi.

BACA JUGA: Daripada koleksi pakaian, makanan & manisan dan koleksi hamper, Marks & Spencer beri pelbagai pilihan

Iklan

BACA JUGA: Sekali gosok, semua pakaian cantik, licin. Ini cara paling mudah tak perlu beli seterika baharu

Iklan

Diperbuat daripada kapas nipis yang memudahkan pengudaraan dan boleh bergerak bebas ke mana-mana, Aldari Maternity Supima Cotton Tee adalah seleksi yang tepat.

Suai padankan busana berkenaan dengan si kecil tersayang. Sarungkan mereka dengan baju-T (Billie Unisex Embroidered Shirt in Humble Abode).

Dijual pada harga RM85 hingga RM229, koleksi Love, Bonito boleh dibeli secara online. Untuk maklumat lanjut, layari https://www.lovebonito.com/my.