LELEHAN keju cair disusun antara daging yang dibakar sempurna, ditambah dengan salad segar dan inti pati tersendiri menjadikan juadah burger antara makanan pilihan ramai.

Bukan sahaja menjadi menu penyelamat ketika perut berkeroncong pada tengah malam, variasi burger menyebabkannya sentiasa menjadi buruan peminat makanan cepat siap dan lazat.

Cukup terkenal dengan signatur keju leleh luar biasa, Burger Bakar Abang Burn antaranya tidak perlu diperkenalkan lagi. Jenama yang diusahakan Sabrie Salleh itu pernah mencetuskan fenomena dengan jualan burger ekstravaganza.

Terkini, menu baharu yang pasti menggamit perhatian, burger ayam goreng ala Korea dengan salutan sos cukup istimewa yang diolahnya sendiri mengikut cita rasa tempatan.

burger
LELEHAN keju yang lembut dan menyelerakan menjadi menu signatur Burger Bakar Abang Burn di Cawangan Ampang dan Klang.

Antara signatur adaptasi resipi dari Perancis yang menjadi rebutan, burger bakar tebal berjus dibalut keju Aligot melimpah. Lelehan keju lembut sehingga boleh ditarik panjang-panjang.

Sebanyak 100 gram keju Aligot diberikan untuk setiap burger yang disediakan. Pemburu keju premium, bolehlah mendapatkan menu istimewa itu di cawangan Ampang dan Klang, Selangor.

Menurut penulis kandungan jenama Burger Bakar Abang Burn, Muhammad Zulfahmi Rosli, pihaknya juga sedang membuat resipi sos baharu olahan sendiri yang pasti lain daripada lain.

“Sekarang kami aktif mempromosikan menu baharu burger ayam goreng Korea pada harga RM16.90 yang akan menjadi tarikan menu baharu untuk cawangan Ampang dan Klang.

Iklan

“Apa yang menarik di cawangan Ampang, selain menu burger, masakan panas dan bakar seperti ikan dan ayam untuk mereka yang ingin juadah berbeza disediakan,“ ujarnya.

Nah! Ada tiga lagi destinasi Lapar, Makan ke Mana? di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor untuk diterjah.

burger
SALAH satu menu paling laris di My Burger Lab.

My Burger Lab

Iklan
  • Alamat: No 14, Jalan 21/22, Seapark, 46300 Petaling Jaya, Selangor. (Ada lima lagi cawangan di Mytown Cheras, Bangsar, OUG, Sunway dan Cyberjaya)
  • Waktu operasi:
  • 11 pagi – 10 malam
  • Sajian signatur: Beautiful Mass dan Ultraman
  • Harga: RM15 hingga RM27.50
  • Instagram: @myburgerlab
  • Facebook: My Burger Lab
KGB
MENU paling hot di KGB boleh didapati di Bangsar, Kuala Lumpur selain lima lagi cawangan seluruh Selangor dan ibu kota.

Killer Gourmet Burgers (KGB)

  • Alamat: Bangsar, Kuala Lumpur (lima lagi cawangan seluruh Selangor / Kuala Lumpur)
  • Waktu operasi: 10 pagi hingga 10 malam
  • Sajian signatur: Double Animal Burger dan Burger Truffle’d Swiss
  • Harga: RM13.50 hingga RM22.90
  • Instagram:
  • @kgb-killergourmetburgers
  • Facebook:
  • KGB – Killer Gourmet Burgers
burgerkaw
BURGER Bakar Kaw Kaw memperkenalkan Beef Beaconizer, Black Angus Beef Burger dan Classic Beef untuk pelanggan.

Burger Bakar Kaw Kaw

  • Alamat: Wangsa Maju Seksyen 2, Kuala Lumpur (ada sembilan cawangan lain seluruh negara)
  • Waktu operasi:10 pagi hingga 1.30 pagi
  • Sajian signatur: Beef Beaconizer, Black Angus Beef Burger dan Classic Beef (yang dijual hanya RM10 bagi mereka yang suka resipi asli).
  • Harga: RM8.50 hingga RM39
  • Instagram: @kawkawburger
  • Facebook: burgerbakar