SETIAP orang mesti mempunyai makanan kegemaran masing-masing dan mungkin ada antara pembaca SinarPlus yang suka makan sushi.

Masakan tidak, di pusat beli-belah, banyak restoran yang menjual hidangan dari negara matahari terbit itu. Kalau pada hujung minggu, pelanggan memang tidak putus-putus datang bertandang.

Pun begitu, apabila harganya yang agak mahal kadangkala membantutkan keinginan kita untuk membelinya berulang kali.

Namun, ada juga yang sanggup membelinya lantaran rasa yang lebih memuaskan berbanding sushi yang dijual di tepi jalan.

Kepada pembaca SinarPlus sekalian, usah risau. Kepada anda yang ingin berjimat, boleh cuba resipi yang bakal kami kongsikan. Memang sangat mudah untuk disediakan.

Baca juga: Pesto Pasta enak berlemak sukatan cawan, jom buat sendiri di rumah

Terima kasih kepada pengguna media sosial, Facebook, Aisyah Humaira yang berkongsikan resipi Sushi Ayam Teriyaki menerusi entri beliau baru-baru ini.

Berikut bahan dan cara penyediaannya:

Bahan-bahan nasi sushi

– 2 cawan beras sumo
– 2 Ω cawan air
– 4 sudu cuka biasa
– Gula
– Garam
– Rumpai laut kering

Cara penyediaan nasi sushi:

1. Bilas beras sebanyak tiga kali.
2. Masukkan air dan masak seperti biasa.
3. Setelah nasi masak, masukkan pula cuka dan garam dan gula secukup rasa.

Bahan inti sushi

– 1 biji bawang kecil dihiris
– 1 mangkuk isi ayam yang telah dicincang
– 2 sudu besar kicap masin
– 2 sudu besar sos cili
– 2 sudu besar kicap soya cair
– 2 sudu besar cuka makan
– 1 sudu kecil pes halia
– 2 sudu besar minyak bijan
– 1 sudu besar gula
– 1 botol kecil mayonis
– 2 sudu besar sos keju

Cuba juga: Paling senang nak buat, ini teknik buat kek batik ‘legend’ dengan limpahan badam dan coklat. Gerenti sedap!

Iklan

Cara penyediaan inti sushi:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang bersama isi ayam. Pastikan kacau hingga ayam hancur terlerai.
2. Kemudian, masukkan kesemua bahan kecuali mayonis dan sos keju. Kacau sebati sehingga ayam masak.
3. Setelah ayam mulai sejuk, masukkan mayonis, sos keju dan gaul sehingga sebati. Jika suka pedas, boleh tambah serbuk cili dan sos cili.

Berikut cara menghidangkan sushi pula supaya dapat lebih mengiurkan apabila dihidangkan:

1. Kepalkan sedikit nasi mengikut saiz yang disukai dan pastikan ia berbentuk bujur.
2. Ambil rumpai laut kering dan lilit di sekeliling nasi.
3. Kemudian letakkan inti di atasnya dan hias dengan sos keju.
4. Siap dan sedia untuk dihidangkan.

Iklan

Dalam pada itu, kata Aisyah, jika anda tidak mempunyai buluh sushi untuk mengepal nasi, masih boleh buat makanan itu juga.

Tak susah pun, gunakan skil anda sepenuhnya.

Selamat mencuba!

Baca juga: Buat sendiri puas hati, ini resipi donut susu gebu gebas viral

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.