SIAPA yang tidak mahu menikmati makanan dalam porsi yang besar dengan harga yang berbaloi?

Kriteria itulah yang ditonjolkan oleh Brader’s Cafe yang terletak di Parit Buntar, Perak.

Ternyata, percaturan itu berjaya apabila premis berkenaan tidak henti dikunjungi pelanggan setiap hari.

braders'cafe

Pemilik Brader’s Cafe, Mohammad Amirul Hafis Azenan berkata, seiring dengan tagline kafenya yang berbunyi ‘Besar, Banyak dan Berbaloi’, mereka bukan sahaja menyediakan set hidangan berskala besar, malah gabungan sajian yang dipilih pada setiap set juga agak unik.

“Sesuai dengan selera orang tempatan,” katanya.

Usahawan berusia 31 tahun itu berkata, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, Brader’s Cafe turut menawarkan tiga menu utama berupa Set Family Combo, selain 70 menu yang lain.

braders'cafe

Set itu terdiri daripada Nasi Goreng Combo, Pasta Combo dan Mix Grill Combo.

“Untuk Pasta Combo, kami sediakan tiga pilihan rasa iaitu bolognese, carbonara dan aglio olio yang lengkap dengan chicken chop, nuget dan kentang goreng.

“Bagi mereka yang sukakan menu panggang, Mix Grill Combo memang sesuai untuk dipesan kerana set itu mengandungi ayam dan kambing panggang, bebola daging, sosej, kentang goreng, kentang lenyek serta coleslaw homemade,” cerita bekas penjawat awam itu kepada SinarPlus.

braders'cafe

Sekiranya para pelanggan mencari kambing perap dan daging Danok yang diperap dengan ramuan rahsia Brader’s Kafe dengan padanan kuah sos yang lazat, Mohammad Amirul Hafis berkata, pihaknya turut menjualnya secara ala carte atau set.

“Kambing perap dan daging Danok kami memang istimewa kerana menggunakan ramuan herba terpilih dan diperap selama 12 jam, tak rugi untuk cuba,” katanya yang turut memiliki satu lagi cawangan di Jawi, Pulau Pinang.

Sempena PKP ini, ujar Mohammad Amirul Hafis, beliau mencuba yang terbaik untuk memenuhi kehendak pelanggan khusus kepada mereka yang menggemari masakan Barat.

“Jangan risau, kami tetap beroperasi dengan mengaktifkan perkhidmatan penghantaran terus ke rumah sejauh 20 kilometer bermula jam 3 petang hingga 10 malam.

braders'cafe

“Dengan harga bermula RM49.90 hingga RM59.90 dan boleh dimakan oleh lima hingga enam orang, rasanya memang sudah cukup murah dan mampu bayar,” kata bapa kepada tiga cahaya mata itu.

Sebelum mengakhiri perbualan, Mohammad Amirul Hafis sempat berkongsi menu istimewa yang bakal dibawakan kafenya sempena bulan Ramadan yang mulia nanti.

“Insya-ALLAH kami akan memperkenalkan Roti John Crispy dan Set Giant Chicken Chop selain kambing perap serta daging Danok sejuk beku.

braders'cafe

Iklan

“Untuk roti john, harganya cuma RM6 sahaja dan Set Giant Chicken Chop pula RM14.90 manakala kambing perap serta daging danok seberat 500 gram dijual pada harga RM32 sahaja. Mudah untuk disediakan di rumah untuk juadah sahur ataupun berbuka,” katanya.

Beliau turut memasang impian untuk membuka lebih banyak outlet di negeri utara Semenanjung dan sedang merancang untuk mengembangkan lagi jenama Brader’s Cafe secara francais jika ada pelabur yang berminat.

braders'cafe

Brader’s Cafe
Alamat: 53, Jalan Perwira, Parit Buntar, Perak
Waktu operasi: 3 petang hingga 10 malam (sepanjang PKP)
Menu signatur: Set Family Combo
Harga: Bermula RM49.90 hingga RM59.90
Facebook: Brader’s Cafe Parit Buntar

Hidangan yang disediakan dalam porsi yang besar kini bagaikan sudah menjadi trend bagi restoran-restoran baharu di negara ini.

Jika dihitung, konsep sedemikian sebenarnya lebih menjimatkan berbanding sajian yang dipesan secara ala carte.

Selain Brader’s Cafe, SinarPlus senaraikan beberapa lagi premis yang menawarkan idea serupa dan yang pastinya penghantaran terus ke pintu rumah anda

Iklan

western box
The Rack Boutique Cafe
Alamat: No 1, G One selayang, Kuala Lumpur
Waktu operasi: 8 pagi hingga 10 malam
Kawasan penghantaran: Sekitar Kuala Lumpur, Selayang, Batu Caves, Gombak, Sentul dan Batu Muda
Menu signatur: Dulang combo box
Harga: RM30 hingga RM79
Facebook: The rack boutique cafe

western box

Floyds Kitchen Melaka
Alamat: No 5, Jalan Lagenda 3, Taman 1-Lagenda, Bandaraya Melaka
Waktu operasi: 12 tengah hari hingga 10 malam
Menu signatur: Talam more
Harga: Bermula RM29.90
Facebook: Floyds Kitchen Melaka

western box

Lapo Stemboat & Grill
Alamat: No55A, Jalan Kelisa 1, Taman Scientex, Pasir Gudang, Johor
Waktu operasi: 12 tengah hari hingga 10 malam
Kawasan penghantaran: Pasir Gudang dan sekitar Johor Bahru
Menu signatur: Jimatbox
Harga: RM35
Facebook: Lapo Stemboat & Grill

western box

KB WesternBox
Kawasan penghantaran: Kota Bharu, Kubang Kerian dan Pengkalan Chepa, Kelantan
Waktu operasi: 1 tengah hari hingga 9 malam
Menu signatur: KB WesternBox
Harga: Bermula RM19 hingga RM40
Facebook: KB WesternBox by Shazarinarozali