Salah makan ubat, kurang minum air, stres, kafein punca migrain. Ini cara paling ampuh atasinya
MAKAN ubat secara salah atau berlebihan, kurang minum air, stres, minum kafein adalah pencetus migrain.
Mungkin ramai yang biasa dengar, tetapi percayalah kita kerap mengendahkannya lebih-lebih lagi bab minum minuman berkafein. Betulkan?
Menurut portal MyHealth, migrain merupakan salah satu sebab kepada sakit kepala yang berulang.
Kira-kira satu daripada empat wanita dan satu daripada 12 lelaki menghidap migrain pada suatu masa sepanjang hayat mereka.
"Biasanya migrain bermula dari zaman kanak-kanak atau remaja dan menjadi lebih ketara pada zaman remaja. Umumnya migrain menjadi kurang kerap selepas umur 45 hingga 50 tahun, walaupun ada yang mungkin tidak hilang seumur hidup mereka.
"Punca sebenar migrain masih tidak diketahui. Namun begitu, peluang untuk seseorang mendapat migrain menjadi lebih tinggi jika ahli keluarga terdekatnya juga mengidap migrain," katanya.
Baca juga Petua berkesan untuk hilangkan migrain
Menurut portal https://healthguides.cnn.com/, terdapat beberapa kesilapan yang dilakukan oleh pesakit migrain. Pada masa sama, laman web itu berkongsikan cara-cara untuk mengatasi migrain. Antaranya seperti:
i) Mengelakkan terlalu banyak makanan yang menjadi pencetus migrain.
- Selalu penghidap migrain akan elak makanan yang menyebabkan kecenderungan migrain seperti alkohol, coklat dan keju.
- Namun, hasil kajian sebenarnya tidak konsisten untuk membuktikan pemakanan tertentu yang menjadi punca.
- Oleh itu, anda kena simpan diari makanan untuk mengesan sendiri makanan yang menyumbang kepada permasalahan itu.
ii) Tidur yang tidak menentu.
- Ia terbukti menjadi pencetus kepada migrain.
- Kegelisahan selalu terjadi disebabkan kurang tidur, manakala kemurungan menjadi penyebab seseorang selalu tidur berlebihan.
- Oleh itu, perbaiki kualiti tidur boleh membawa perubahan besar untuk atasi sakit kepala tersebut.
- Jika anda mempunyai masalah tidur, dapatkan nasihat pakar berkenaan cara mendapatkan rehat malam yang lebih baik.
iii) Tidak menggunakan teknik kurangkan tekanan.
- Tekanan merupakan salah satu penyebab biasa seseorang sakit kepala.
- Merujuk American Headache Society, ramai antara kita yang tidak menguruskan tekanan dengan sebaiknya.
- Cara terbaik bagi melegakan tekanan adalah mendapatkan tidur yang cukup, bersenam, nafas sedalam-dalamnya dan yoga.
- Beri juga masa untuk badan berehat.
- Pakar psikologi juga boleh membantu anda mengurus tekanan tersebut.
iv) Pengambilan kafein yang berlebihan.
- Kajian mendapati pengambilan 100 miligram kafein setiap hari boleh meningkatkan tiga kali ganda risiko sakit kepala.
- Bahan kimia lain yang sering dikaitkan dengan sakit kepala termasuklah aspartam, Monosodium glutamat (MSG) dan nitrat.
v) Tabiat pemakanan yang tidak sihat.
- Untuk mengawal migrain, beri perhatian kepada apa yang anda makan. Dalam masa yang sama, waktu makan juga perlu dijaga.
- Jangan melangkau waktu makan dan biarkan perut kosong.
- Makan dalam kuantiti yang kecil dan sihat. Selain itu, kekalkan berat badan yang sihat.
Baca juga Migrain: Kaum wanita berisiko diserang 3 kali ganda
vi) Kurang minum air.
- Dehidrasi boleh jadi punca sakit kepala. Minum air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari untuk kekal terhidrat.
- Elak minuman diet yang mengandungi pewarna tambahan dan minuman manis.
vii) Makan ubat secara berlebihan.
- Ramai penghidap migrain suka membeli ubat-ubatan yang dijual secara bebas di pasaran untuk hilangkan migrain.
- Elakkan mengambil ubat melebihi dos yang disyorkan.
- Dapatkan nasihat doktor berkenaan ubat-ubatan yang diambil.
viii) Menggunakan ubat yang salah.
- Sebagai contoh, sekiranya sakit kepala disebabkan masalah resdung, jangan ambil ubat resdung tetapi anda perlu mengambil ubat migrain.
- Merujuk artikel American Headache Society, kajian menunjukkan bahawa majoriti orang yang menganggap mereka mengalami masalah resdung sebenarnya mengalami migrain.
Bagaimana? Ada tak poin-poin tertentu yang dialami oleh anda?
Jika ada, tak mengapa, mulai sekarang kita perbaiki tabiat dan amalan kita.
Ketahui juga penyebab yang membuatkan anda alami sakit kepala dan sekiranya tidak berkesan, segera dapatkan rawatan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang