SATU pencapaian cukup membanggakan buat Malaysia apabila memorandum persefahaman (MoU) dimeterai di antara syarikat penyelidikan bioteknologi terkemuka tempatan, Cellaax Sdn Bhd dan K-Cell Bio LTD dari Korea Selatan baru-baru ini.

Jalinan kerjasama tersebut bakal membawa pelaburan sebanyak AS$200 juta (RM897.5 juta), sekali gus menjadikan Malaysia sebagai hab penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknologi sel stem atau sel tunjang.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Cellaax, Alex Wong berkata, pihaknya berbangga apabila diberi kepercayaan untuk menerajui penyelidikan bioteknologi sel stem bersama syarikat dari negara maju itu.

“Seperti yang kita ketahui, penyakit kanser adalah satu isu kesihatan yang serius dan perlu diambil peduli oleh semua pihak. Justeru, Cellaax berusaha sebaik mungkin melakukan R&D untuk mencari kaedah rawatan terkini untuk memulihkan pesakit yang menderita masalah ini.

Malaysia R&D sel stem

“Justeru, dengan kerjasama yang terjalin ini diharapkan dapat memberi peluang dan ruang yang cerah demi kelestarian perubatan negara ini pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas memeterai MoU bersama Ketua Pegawai Eksekutif K-Cell Bio LTD, Lee Jong-sung di ibu pejabat Cellaax, Mines Wellness City, Seri Kembangan, Selangor baru-baru ini.

Baca juga Bina sistem imun lebih kuat dalam tempoh 21 hari. Ini apa yang boleh kita lakukan

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif 23 Century International Life Science Centre, Angelina Tiah dan Pengarah Eksekutif Universiti Cyber SongSil Korea, Park Ki-cheol.

Malaysia R&D sel stem

Sementara itu, Jong-sung berkata, pihaknya percaya dan yakin dengan kemampuan Cellaax untuk mencapai matlamat yang sama iaitu mencari metodologi perubatan terbaik demi manusia sejagat.

Baca juga 6 aktiviti kuatkan sistem imun badan buat anak membesar dengan sihat

Iklan

“Malaysia merupakan negara yang mampu dan berpotensi untuk berkembang lebih jauh. Selain memiliki kemudahan canggih dan kepakaran tersendiri, saya percaya misi kami untuk tempoh tiga tahun ini bakal memberi hasil yang membanggakan,” katanya.

Malaysia R&D sel stem

Malaysia R&D sel stem

Malaysia R&D sel stem

Iklan

Cellaax merupakan syarikat yang menawarkan fasiliti rawatan kesihatan berkaitan teknologi sel stem dengan kepakaran doktor bertauliah.

Premis Cellaax antara lain memiliki kemudahan bilik rawatan bertaraf lima bintang dengan pelbagai pakej menarik, selain kelengkapan bilik makmal yang menempatkan 40 saintis tempatan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.