Masak hari ini, makan esok rupanya ikan masak cuka jadi lagi umph! Wajib cuba

BILA sebut ikan masak cuka, setiap negeri ada versi cara masakannya tersendiri.

Ikan masak cuka atau ada yang mengenalinya ikan masak jeruk ini memang juadah lajen atuk nenek kita dulu-dulu ni.

Senang kata, ia masakan kampung yang mudah disediakan dan enak dimakan dengan nasi putih panas-panas.

Bahan-bahan yang digunakan pun ringkas jer tapi pastikan ada biji sawi kerana ia bahan utama yang perlu ada. Jika tak ada biji sawi maka tak menjadilah resipi masak cuka ni.

Ikan pula tak kisah jenis apa pun namun selalunya orang memilih ikan tenggiri, merah, tongkol, kembung dan sebagainya.

Biasanya juga resipi ini dibuat ketika kenduri, kuahnya banyak dan dimasak sehari sebelumnya. Masakan ni memang tahan kerana ‘diawet’ dengan cuka tersebut.

Baca juga Cara simple masak ikan percik original Kelantan, resipi tradisi sedap dan padu

Sumber: Freepik

Salah satu tip bagi masakan cuka ini terlebih sedap adalah ia dimakan sehari selepas dimasak.

Jika dua tiga hari ulang panas lagi la sedap dimakan sebab semua kuah dan bahannya sudah sebati diserap.

Resipi ikan masak cuka ini rasa kuahnya masam, manis dan pedas pastinya. Terasa masam-masam manis ala ala acar gitu.

Anda sendiri boleh cuba memasaknya di rumah.

Bahan-bahannya;

  • 2-3 ketul isi ikan
  • 10 ulas bawang kechik (pilih ulas yang kecil-kecil tau)
  • 5 ulas bawang putih
  • 6 biji cili padi
  • 1 sudu biji sawi
  • Sedikit halia
  • 2 sudu cuka makan
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit minyak untuk menumis

Cuba juga Cara mudah buat stok pes ikan bakar sedap, nak masak lumur je

Iklan
Sumber: Freepik

Cara membuatnya;

1. Ikan digaul sikit kunyit dan garam, pastu goreng. Jangan garing sangat tau.

2. Ambik periuk, letak sikit minyak bila panas tumis biji sawi.

3. Masuk bawang kecik dan putih. Masukkan setengah cawan air, kemudian masukkan cuka, garam, gula dan cili padi.

4. Biarkan mereneh sekejap dan angkat, dah boleh dihidang. Senang sahaja kan?

Iklan

Selamat mencuba!

Sumber: Norizah Saad

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.