SUDAH menjadi lumrah kehidupan berpasangan mahukan kehidupan yang sempurna dari pelbagai aspek seperti pergaulan, hubungan intim dan memiliki zuriat.

Bagaimanapun, ada di antara wanita yang berhadapan dengan masalah vaginismus yang mana membuatkan kita berasa tidak selesa dan sakit ketika melakukan hubungan seksual bersama suami.

Mungkin ada dalam kalangan kalian yang maklum tentang situasi itu. Namun, barangkali lebih ramai tidak tahu atau belum pernah langsung mendengar tentangnya.

Merujuk penulisan Healthline, vaginismus berlaku disebabkan otot faraj mengecut secara tidak sengaja.

Kredit foto: Ketut Subiyanto

Masalah itu tidak mengganggu rangsangan seksual, namun ia mengakibatkan kesakitan sewaktu hubungan intim sehingga tidak dapat membenarkan kemasukan penis ke dalam faraj.

Laman perubatan yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu, turut berkata, perkara berkenaan bukan hanya berlaku sewaktu pasangan melakukan hubungan seksual, tetapi ia juga terjadi ketika wanita ingin memasukkan tampon atau mereka cuba menyentuh bahagian vagina.

SinarPlus turut merujuk Twitter @MedTweetMY Official, yang menerangkan lebih lanjut tentang vaginismus.

Kredit foto: Alex Green

Jelas mereka, kitaran masalah tersebut boleh mencetuskan ketakutan kerana wanita akan sentiasa menjangkakan mereka akan berasa sakit apabila melakukan persetubuhan.

Perasaan itu timbul mungkin disebabkan dua faktor iaitu rangsangan fizikal dan psikologi.

Berikut penjelasan mengenai rangsangan fizikal:

i) Berlakunya jangkitan pada salur peranakan.
ii) Vestibulitis (kesakitan pada bahagian luar alat kelamin wanita).
iii) Kekurangan hormon estrogen selepas menopaus.
iv) Trauma yang melibatkan luka pada kemaluan atau disebabkan pembedahan seperti episiotomy (pembedahan yang memerlukan pemotongan bahagian kemaluan sewaktu melahirkan).
v) Radioterapi.

Kredit foto: Sora Shimazaki

Berikut intipati mengenai rangsangan psikologi:

i) Pengalaman seksual yang traumatik.
ii) Serangan seksual.
iii) Kurangnya ilmu mengenai seksualiti.
iv) Pengaruh keluarga, agama dan budaya yang memiliki pantang larang.

Laman Twitter terkenal itu turut menyenaraikan implikasi kepada wanita yang mengalami vaginismus. Antaranya:

Kredit foto: Engin Akyurt

i) Menjadikan wanita berasa rendah diri dan memiliki persepsi negatif.
ii) Berlakunya masalah psikologi seperti tertekan dan kebimbangan.
iii) Terjadi masalah kesuburan.
iv) Sekiranya hamil, mereka akan diminta untuk menjalani proses kelahiran secara pembedahan.
v) Berasa takut dan cuba mengelak untuk mengikuti pemeriksaan ginekologi.
vi) Timbulnya masalah seksual dalam perkahwinan.

Iklan

Bagi merawat isu itu, Cleveland Clinic mengusulkan beberapa kaedah perawatan yang boleh digunakan bagi menangani vaginismus, antaranya:

Kredit foto: Alex Green

i) Topical therapy: Pemberian krim yang boleh membantu mengurangkan kesakitan.
ii) Pelvic floor physical therapy : Ahli terapi fizikal mengajar tentang cara mengendurkan otot lantai pelvis.
iii) Vaginal dilator therapy: Pemberian peranti berbentuk tiub yang terdapat dalam pelbagai saiz dan ia digunakan untuk meregangkan faraj.
iv) Terapi tingkah laku kognitif: Ia membantu untuk memahami cara pemikiran, emosi dan tingkah laku. Rawatan itu berkesan untuk merawat kebimbingan, kemurungan dan gangguan tekanan selepas trauma.
v) Terapi seks: Ahli terapi berkaitan yang terlatih bakal bekerjasama dengan individu dan pasangan untuk mereka mencari keseronokan dalam melakukan hubungan seksual.

Buat wanita yang berhadapan dengan masalah tersebut, jangan ambil mudah dengan perkara itu kerana ia boleh membawa kepada kemurungan dan kebimbangan.

Justeru, segera dapatkan rawatan daripada pakar supaya kesulitan yang dialami dapat diselesaikan dengan segera.

Baca juga: [VIDEO] Ini perkara makruf dalam perhubungan suami isteri yang perlu kita tahu

Iklan

Baca juga: Isteri meninggal dunia kemalangan, suami rayu orang awam kongsi rakaman ‘dashcam’

Kredit foto utama: Liza Summer 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi