Sila log masuk terlebih dahulu.

Meriahnya! Resipi mi goreng sedap 60 orang makan, idea menarik potluck atau jamuan. Jimat belanja!

A
A
A

Meriahnya! Resipi mi goreng sedap 60 orang makan, idea menarik potluck atau jamuan jimat belanja

MUNGKIN ramai yang tercari-cari idea untuk potluck, jamuan atau rumah terbuka sempena Aidilfitri. Pastinya kita menu yang dipilih ringkas, sedap dan disukai ramai seperti mi goreng.

Resipi yang dikongsikan Nur Ismail ini bolehlah dijadikan panduan. Kuantiti bahan untuk 60 orang, boleh kurangkan jumlahnya jika jumlah jemputan sedikit.

Baca juga: Goreng mihun sekawah cantik tak putus, elok kejadiannya, owner katering kongsi tip

Nampak sedap sangat mi goreng ni, resipi pun mudah. Bukan sahaja untuk makan sendiri, boleh juga dibuat meniaga katering!

Baca juga: Cara rebus ketupat nasi versi jimat gas dan elektrik, mudah sangat!

Baca juga: Dadih homemade legend sukatan cawan, lembut ‘bergedik’ cair di mulut, tak perlu serbuk segera

MI GORENG

Bahan-bahan

12 bungkus mi kuning (450 gram sepeket)

60 ekor udang sederhana besar

4 bungkus fish cake (potong nipis)

2 kg sawi Cameron (potong kecil)

1 kg kobis (potong kecil)

20 keping tauhu (di goreng dan potong kecil)

400 gram minyak masak

1/2 kg bawang besar (kisar halus)

2 labu bawang putih (kisar halus)

400 gram cili giling

400 gram sos tomato

300 gram sos cili

400 gram kicap manis

6 sudu besar kicap pekat

6 sudu besar gula

4 sudu besar garam

12 sudu besar stok ayam

800 gram air

Hiasan

  • 12 biji telur goreng (digoreng dadar nipis dan dipotong halus)
  • RM5 daun sup dan daun bawang (dipotong halus)
  • 1 paket sederhana bawang goreng
  • Cili merah secukupnya (di hiris)

Cara penyediaan

1- Panaskan minyak dalam kuali.

2- Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.

3-Masukkan cili giling, kacau hingga pecah minyak.

4-Masukkan 200 gram air.

5-Masukkan batang sawi. Kacau sehingga layu.

6-Masukkan sos tomato, sos cili, kicap manis, kicap pekat, gula, garam, stok ayam, air, Kacau rata.

7-Masukkan udang dan fish cake. Kacau rata.

8-Masukkan pula sawi, kobis, mi dan tauhu.

9-Kacau lagi dan kaup balik sehingga rata masaknya. Siap!

Baca juga: Sedapnya laksam, terasa ikannya. Ini resipi mudah, first time buat pun confirm jadi

Menurut Nur, oleh kerana kuantiti mi yang banyak beliau telah membahagikan bahan kepada dua bahagian agar mi boleh digoreng sebanyak dua kali.

 

“Taburkan dalam bekas hias dengan hirisan telur dadar, daun sup, daun bawang, bawang goreng dan hirisan cili merah di atas mi sebagai hiasan sebelum dihidangkan,” titip Nur.

Baca juga: Senangnya buat kuih kaswi gedik, resipi confirm jadi hanya guna sukatan cawan

 

Sumber: Nur Ismail

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca