‘MUSHROOM Seasoning‘ atau serbuk perasa cendawan sering menjadi pilihan wanita kerana mengandungi glutamat asli yang menghasilkan rasa umami sebagai penyedap rasa.

Malah cendawan juga termasuk dalam kategori ‘superfood’ yang sarat dengan vitamin dan mineral diperlukan tubuh.

Selama beratus-ratus tahun, cendawan shiitake telah menjadi sajian masyarakat di Jepun, Korea dan China. Ia merupakan cendawn boleh dimakan kedua paling popular dan ketiga paling banyak ditanam di dunia.

Baca juga: Ponteng sekolah demi bantu keluarga cari rezeki dengan menjual cendawan tiram rumah ke rumah

Baca juga: Patutlah cendawan shiitake ini popular, mahal. Rupa-rupanya penuh dengan khasiat tersembunyi

Cendawan shiitake boleh didapati di kebanyakan kedai runcit kerana rasanya seakan-akan daging dan boleh dimasukkan ke dalam pelbagai menu. Tahukah anda cendawan shiitake kaya vitamin B?

 

Berbalik kepada serbuk perasa cendawan atau ‘mushroom seasoning’, pengguna Facebook Nawal Yasmin Mat Noh berkongsi resipi cara yang membuatnya sendiri menggunakan cendawan shiitake kering.

Dengan hanya beberapa langkah mudah, dapatlah menjimatkan wang berpuluh ringgit. Berikut perkongsian beliau:

MUSHROOM SEASONING

Bahan-bahan

100 gram cendawan kering
50 gram garam
50 gram gula

Langkah penyediaan

1-Basuh dan lap kering cendawan menggunakan kain atau kertas tisu.

2-Bakar selama 20 minit menggunakan oven (suhu 100 darjah Celcius atau airfryer)

3-Kemudian kisar semua bahan di atas sehingga menjadi serbuk halus. (Nawar mengggunakan alat Thermomix 6 telah mengisar bahan tersebut selama satu minit).

Bagi anda yang tidak mempunyai alat memasak itu boleh menggunakan pengisar kering. Serbuk tersebut boleh disimpan pada suhu bilik selama sebulan.

Baca juga: Minyak masak mahal, Dr Fatimah kongsi kebaikan guna air fryer

LIMA INFO CENDAWAN SHIITAKE

1-Cendawan shiitake mengandungi vitamin B dan D.
2-Cendawan ini mempunyai manfaat kepada kesihatan termasuk membantu penurunan berat badan, menyokong kesihatan kardiovaskular, melawan sel kanser, meningkatkan tahap tenaga dan fungsi otak, mengurangkan keradangan dan menyokong sistem imun.
3-Cendawan shiitake mempunyai rasa dan tekstur daging.
4-Ia boleh dijadikan sup, perencah salad, hidangan daging dan telur dadar. Boleh juga dijadikan menu sampingan dengan digoreng kilas.
5-Bagaimanapun bagi anda yang mempunyai sejarah penyakuit gout, elakkan cendawan ini kerana ia mengandungi purin yang tinggi.

Baca juga: Awas cendawan beracun boleh bawa maut, ini cara kenalinya

Baca juga: Resipi roti bawang putih dan sup cendawan senang dan jimat!

Sumber: Facebook Nawal Yasmin Mat Noh, Dr Axe