Panas baran ibarat ‘bom jangka’, beri kesan negatif dalam kehidupan. 10 tip ini bantu kawal amarah

PERASAAN marah adalah normal bagi setiap individu.

Kita boleh berasa marah apabila berlaku salah faham atau tersinggung dengan seseorang.

Pun demikian, ledakan kemarahan yang terlalu kerap dan mudah meletus boleh dikaitkan dengan   panas baran.

Public Health MalaysiaPublic Health Malaysia (PHM) melalui satu hantaran di Facebooknya baru-baru ini berkongsi punca seseorang individu boleh mempunyai sikap buruk tersebut.

SUMBER Moose Photos daripada PEXELS.

Berikut faktor-faktor yang mendorong seseorang bersikap baran:

1. Faktor genetik dan persekitaran.

2. Bagaimana seseorang individu dibesarkan.

3. Masalah mental seperti kemurungan, bipolar dan Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD).

4. Pengambilan bahan terlarang.

5. Masalah fizikal seperti tiroid dan tumor.

SUMBER Pixabay daripada PEXELS.

Dalam pada itu, laman perubatan itu turut berkongsi kesan kepada sikap buruk tersebut. Antaranya:

1. Risiko murung dan anxiety.

2. Risiko kemalangan.

3. Tekanan darah meningkat.

4. Masalah jantung.

5. Serangan panik

6. Masalah di tempat kerja.

7. Masalah rumah tangga.

SUMBER Andrea Piacquadio daripada PEXELS.

“Jika sikap baran anda telah memberi kesan negatif kepada rumahtangga, hubungan di tempat kerja, mengakibatkan kemalangan, pergaduhan, sila dapatkan bantuan dan rawatan.

“Cuba amalkan mindfullness dan aktif dalam aktiviti fizikal untuk mengeluarkan tenaga baran dalam diri,” kata PNM.

Dalam pada itu, SinarPlus turut merujuk penulisan Mayo Clinic untuk tip menguruskan emosi marah.

Baca juga: Pelajar Tingkatan 3 baru pulih kanser dipukul, disepak 7 lelaki cetus amarah ramai

Kata laman perubatan tersebut, mengawal kemarahan suatu yang mencabar.

“Kemarahan yang tidak terkawal boleh menjejaskan kesihatan dan hubungan anda,”ujarnya.

Berikut 10 petua pengurusan marah yang boleh dipraktiskan oleh anda yang mudah naik marah:

Iklan

1. Fikir dahulu sebelum bercakap.

2. Nyatakan kebimbangan selepas diri sudah tenang.

3. Lakukan senaman.

4. Ambil masa untuk bertenang.

5. Kenal pasti penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi.

6. Gunakan pernyataan ‘saya’ untuk menyatakan kekecewaan.

7. Jangan simpan dendam.

8. Gunakan jenaka selepas berlaku ketegangan.

9. Amalkan relaksasi.

Iklan

10. Dapatkan bantuan pakar jika kemarahan sering berlaku di luar kawalan.

Baca juga: Kanak-kanak lebih mudah marah, kurang daya tumpuan jika ‘menghadap’ gajet berjam-jam. Pakar beri amaran

Baca juga: Kawal kemurungan, kemarahan dan kesunyian pesakit demensia. Teknik daripada hospital ini boleh bantu mereka

Nampaknya emosi marah tidak boleh dibiarkan berlarutan.

SinarPlus ingatkan supaya berjumpa dengan pakar supaya emosi negatif itu dapat diuruskan dengan baik.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang