KEBANYAKAN negeri di negara kita kini sudah mula memasuki cuaca panas.

Duduk berjemur di luar walau sekejap sudah rasa perit tekak.

Jadi, untuk melegakan tekak, hidangan pencuci mulut yang sejuk selalu menjadi pilihan.

Nak puas makan, kenalah buat sendiri.

SinarPlus kali ini ingin berkongsi satu hidangan jelly yang unik, cantik dan sedap.

Baca juga: Kuah laksa likat dan pekat, wanita ini kongsi resipi padu guna sardin tin je. Wajib cuba!

Resipi tersebut dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Nor Misnor.

Berikut bahan-bahan dan cara penyediaannya.

Bahan-bahan
2 sachet jelly powder nutrijell( 1sachet 400 ml)

1/2 cawan gula pasir (kalau suka manis boleh tambah lagi gula, resipi ini manis-manis buah sahaja.

1 tin laici
1 sudu teh sirap ros ( boleh tambah jika inginkan warna yang lebih merah.
2 sudu makan biji selasih (rendam bg kembang)
3 cawan air
1 cawan air laici tin
Cincau (tambahan ikut citarasa)

Baca juga: Menyegarkan! Hampir 1,000 share resipi Agar-Agar Limau Mandarin viral, buat cara ini baru elok kejadiannya

Cara penyediaan:

Iklan

1. Campurkan gula dan jelly. Kemudian tambah air dan air laici. Masak hingga mendidih.
2. Seterusnya, masukkan biji selasih dan bahan-bahan hiasan. Boleh juga masukkan bahan hiasan dalam bekas.
3. Tuang adunan jelly ke dalam bekas yang disukai.
4. Biar sejuk sebelum dimasukkan dalam peti ais.

Kongsi empunya resipi, beliau tidak mempunyai acuan jelly sebaliknya menggunakan acuan kaswi viral.

Nampak cantik dan berselera nak makan.

Mak-mak boleh cuba buat untuk anak-anak yang cerewet soal makanan ni.

Iklan

Selamat mencuba!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!