MULUT yang kering dan terasa rengsa berlebihan biasanya berlaku disebabkan jangkitan virus, alahan, pencemaran udara dan perubahan cuaca termasuk merokok.

Untuk melegakan kerengsaan, orang ramai biasanya menggunakan ubat herba daripada madu, propolis, aloe vera dan pudina.

Pun demikian, seiring dengan teknologi yang semakin berkembang maju, MEGA BiO-LiFE memperkenalkan penyembur mulut Herba Eugica.

Ia mengandungi campuran ekstrak bunga chamomile, madu, minyak pudina, akar likuoris, eucalyptol, serbuk propolis dan serbuk aloe vera yang disatukan dengan minyak semula jadi tumbuhan yang dapat mengurangkan mulut kering dan nafas berbau.

“Produk ini juga berguna semasa peralihan negara kepada fasa endemik, ketika majlis perayaan, musim panas dan hujan atau apabila mengambil terlalu banyak makanan panas atau berminyak yang diambil. Begitu juga dengan merokok.

“Untuk menggunakannya, hanya sembur dua hingga tiga pam terus ke dalam mulut, sekerap yang diperlukan,” kata jenama itu dalam satu kenyataan.

BACA JUGA: Mulut berbau ketika berpuasa? Berikut 6 tip yang dikongsikan doktor

BACA JUGA: Sajian istimewa Tujuh Kawah Wak Lan dan pencuci mulut raja buah memang berbaloi untuk santapan berbuka puasa

Iklan

Pun demikian, ujar MEGA BiO-LiFE, pengguna diminta berunding dengan pakar penjagaan kesihatan sebelum menggunakan produk tersebut jika secara tiba-tiba menimbulkan tindak balas alahan atau hipersensitif terhadap mana-mana komponen yang terkandung.

Golongan yang alah kepada lebah, produk lebah, bunga, sedang hamil atau menyusu, pesakit asma termasuk kanak kanak-kanak di bawah umur 12 tahun juga disarankan mendapat rundingan dengan doktor.

Iklan

Penyembur mulut Herba Eugica BiO-LiFE ​​boleh didapati di farmasi terpilih. Pembelian secara dalam talian dengan penghantaran ke rumah anda menerusi Lazada atau Shopee juga boleh dilakukan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan