Petua mudah ayam kampung, ayam pencen cepat empuk, masukkan bahan ini masa rebus
Petua mudah ayam kampung, ayam pencen cepat empuk, masukkan bahan ini masa rebus
AYAM kampung dan ayam tua atau ayam pencen ada peminatnya tersendiri. Digulai atau rendang, memang menjilat jari!
Rasanya yang sedap dan manis ayam pencen atau dikenali sebagai ayam tua membuatkan ramai penggemarnya terus setia.
Pun begitu, masalah isi yang liat dan sukar empuk membelenggu mak-mak sekali gus menjadikan masa memasak mengambil masa yang lama.
Rupanya ada cara untuk menyelesaikan masalah ini. Mudah sahaja hanya menggunakan satu bahan ketika merebusnya.
Petua dikongsi pengguna Facebook, Norizah Othman ini boleh digunakan.
Baca juga: Doktor dedah kebaikan telur ayam kampung, ini fakta yang perlu diketahui
Memasukkan lima biji gula-gula Hacks hitam semasa merebus ayam membantunya lembut dalam masa yang singkat.
“Petua empuk ayam pencen atau ayam kampung ni mudah sahaja, saya cuma rebus ayam bersama gula-gula Hacks je.
“Pakcik penjual ayam yang beritahu.
“Katanya cepat empuk, Alhamdulillah memang betul menjadi petua ini kawan-kawan,” kongsinya.
Baca juga: Rendang Ayam Cili Hijau terlajak sedap. Guna ayam pencen untuk rasa lebih ‘terangkat’
Ujar Norizah, ayam pencen dibersihkan dan direbus sehingga air kering dengan cara di atas sebelum dijadikan rendang.
Difahamkan, biarpun menggunkan gula-gula rasa ayam tidak berubah.
Baca juga: Petua ikan bilis kekal rangup & tahan lama, sebelum goreng buat dua langkah ni dulu
Selain perkongsian pendapat Norizah, pengguna Facebook turut berkongsi pelbagai petua lain yang memudahkan proses membantu ayam kampung dan ayam tua empuk sekali gus menjimatkan masa memasak.
1-BETIK MUDA
- “Senang jer nak bagi ayam pencen or ayam kampung cepat empuk. Basuh ayam dengan betik muda, cincang betik tersebut dan tabur dlam basuhan ayam, insya-ALLAH cepat lembut.”
2-DAUN NANGKA
- “Kalau buat rendang letak daun nangka masa memasak, memang cepat empuknya dan lembut sama macam ayam daging biasa.”
3-BIJI KURMA
- “Saya guna biji kurma memang cepat empuk. untuk daging pun sesuai. Untuk satu kilogram ayam, masukkan tujuh biji kurma”
4-TUTUP KUALI, TINDIH LESUNG
- “Saya kalau rebus ayam pencen, tutup dengan penutup kuali dan tindih dengan lesung batu. Alhmdulillah cepat empuk.”
5-TEBU
- “Emak saudara saya letak tebu semasa merebus ayam kampung atau ayam pencen. Tebu dikerat kecil dan diketuk sedikit. Hasilnya rasa ayam pun sedap dan manis.”
Mudah je rupanya untuk memasak ayam kampung atau ayam tua. Mana satu petua pilihan hati?
Selamat mencuba!
Baca juga: Petua beli tembikai merah & manis, tengok jalur dan bentuk, 4 tip anda perlu tahu
Sumber: Norizah Othman
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang penuh inspirasi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang