Plate-Trio-Tic hidangan Hari Kemerdekaan Malaysia daripada Tony Roma’s

SEMPENA sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-66, Tony Roma’s menyemarakkan lagi suasana dengan menyediakan dua hidangan istimewa, Plate-Trio-Tic.

Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Revenue Valley Sdn Bhd (syarikat induk Tony Roma’s Malaysia), Daniel Chan Lek Seong berkata, Trio Feast Platter A menyajikan daging lembu atau rusuk kambing Australia yang lazat, dihidangkan bersama salmon di atas topping berkrim, ayam salsa dan minuman Coca-Cola.

Sementara Trio Feast Platter B pula menggandingkan kombinasi daging lembu atau rusuk kambing Australia, ribeye Australia demi-glace yang mengiurkan, ayam salsa dan Coca-Cola.

“Pelanggan juga boleh memesan hidangan untuk seorang iaitu separuh ayam barbeku, rusuk lembu, kambing Australia, ribeye atau salmon salsa nanas yang dihidangkan bersama segelas minuman ringan dan semangkuk sup,” katanya dalam satu kenyataan.

BACA JUGA: Kolaboratif dengan Cef Fazley dan Coca-Cola, Tony Roma’s lancar menu istimewa akhir tahun yang mengiurkan

BACA JUGA: Set Ramadan Tony Roma’s, sedia hidangan lebih besar

Dalam pada itu, Daniel berkata, Tony Roma’s juga berbangga untuk mengumumkan bahawa semua cawangannya di seluruh Malaysia telah disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Iklan

“Pencapaian ini meyakinkan pelanggan bahawa piawaian halal menjadi keutamaan dalam semua aspek penyediaan makanan kami,” katanya.

 

Iklan

BACA JUGA: Beg tangan paling kecil! Halus daripada sebutir garam dijual pada harga RM298,413

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!