TINGGAL empat lagi semua umat Islam bakal menyambut Aidilfitri dan pastinya ramai teruja membuat persiapan termasuklah menghiasi rumah dengan perkakas baharu.

Sempena Lazada Payday Bertambah-Tambah Ke Hati, Lazada tidak melepaskan peluang menawarkan potongan harga sebanyak 50 peratus untuk kelengkapan televisyen dan perkakas rumah.

Kempen jualan yang berlangsung hingga 10 Mei itu memang syok habis!

lazada

Mana tidaknya, Home Theater TV Sound Bar Speaker bernilai RM168.20 dijual pada harga RM88 sahaja. Harga lebih rendah daripada biasa.

Pembesar suara yang moden dan bersaiz silinder seberat 550 gram itu boleh menjadikan suasana perjumpaan keluarga lebih meriah.

Apatah lagi ketika berehat sambil menonton drama raya atau filem beramai-ramai di ruang tamu. Memang seronok kan?

lazada

Bagi mereka sedang mencari televisyen baharu, apa kata pertimbangkan empat pilihan menarik yang ditawarkan pada harga bawah RM1,000.

Percaya atau tidak, jenama hebat seperti Samsung, Toshiba, Hisense, Sakura Smart TV dan banyak lagi menyediakan pakej istimewa.

Televisyen Samsung Full HD bersaiz 24 inci ditawarkan pada harga hanya RM499 sahaja.

lazada

Sesuai untuk mereka yang hidup bujang atau baru mendirikan rumah tangga. Siapa cepat dia dapat ya!

Banyak lagi item menarik yang menjadi tumpuan ketika beraya nanti seperti Camcorder Digital Video Full HD bernilai RM54 sahaja.

Baca juga Jangan lepaskan Limited Time Raya Deal Shopee, OPPO A76 dan vakum tanpa wayar Dibea ditawarkan RM25!

Agak klasik sebenarnya dapat rakam kenangan sambutan lebaran bersama keluarga tercinta menggunakan camcorder berbanding telefon pintar.

Lebih banyak video dapat disimpan dan lagi meriah kan?

lazada

Untuk kalian yang sedang mencari kamera dash pun boleh rambang mata kerana banyak pilihan dan harganya pun munasabah.

Keperluan kamera dash penting juga lebih-lebih mereka yang merancang untuk perjalanan jauh dengan memandu sendiri.

Baca juga Pandora tampil koleksi baharu, diskaun hingga 50 peratus dan baucar percuma bernilai RM50 sempena bulan puasa

lazada Shopee

Iklan

Eh nanti dulu! Jangan lepaskan juga tawaran istimewa ShopeePay Day yang berlangsung pada 1 Mei nanti.

Apa yang menarik? Berikut beberapa tawaran menarik bagi pengguna ShopeePay pada bulan Mei ini:

Pulangan Tunai Syiling

  • Pengguna ShopeePay boleh menikmati pulangan tunai syiling 12 peratus untuk pembelian minimum RM25 ketika membeli-belah di Ariani, AA Pharmacy, Alook, Ninjaz, Kopi Hainan Hometown, Ninso dan banyak lagi.
  • Tidak jumpa kod QR ShopeePay? Jangan risau, kerana ShopeePay disepadukan dalam ekosistem DuitNow QR, anda kini boleh membayar di hampir 1.1 juta peniaga.
  • Cari kod QR DuitNow merah jambu dan mula membayar dengan ShopeePay untuk memperoleh lebih banyak ganjaran.

lazada Shopee

Baucar 1 Sen ShopeePay

  • Boleh dapat lebih penjimatan dengan baucar ShopeePay 1 Sen daripada jenama popular seperti Caltex, The Koi, Juicy, Big Fish Small Fish, Santan, Vivo Pizza dan banyak lagi.
  • Untuk menebus baucar 1 Sen, pengguna boleh membeli baucar di ShopeePay Near Me yang boleh didapati di aplikasi Shopee.

E-Duit Raya Transfer

  • Paling syok boleh dapat duit raya! ShopeePay memberi ganjaran hingga 155,555 syiling Shopee apabila minimum RM5 dihantar kepada pengguna bermula 1 Mei hingga 5 Mei nanti.
  • Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menghantar e-Duit Raya kepada rakan dan keluarga anda.
  • Selepas itu, jangan lepaskan peluang untuk menang hadiah wang tunai mingguan bernilai sehingga RM100,000 dan memperoleh Baucar Penghantaran Percuma tambahan bermula 6 Mei hingga 31 Mei nanti.

lazada Shopee

Iklan

Peraduan ShopeePay Day

  • Bagi memeriahkan sambutan Hari Raya, mari sertai peraduan ShopeePay x Maybank2U untuk mendapatkan lebih banyak lagi ganjaran.
  • Tambah nilai minimum RM30 di ShopeePay dengan Maybank2U, transaksi di luar talian dan kalian akan layak bertanding untuk memenangi hadiah bernilai sehingga RM115,000 daripada Dyson, Playstation, Samsung, GoPro. Wow memang mantap!

Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan, layari https://shopee.com.my/m/shopeepay-top-up-and-win.

lazada Shopee

Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan dan cepat-cepat chup dulu sebelum kehabisan stok.

Moga sambutan Aidilfitri ini lebih bermakna dan jangan lupa, patuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan ya kerana kita belum menang sepenuhnya.

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI