KUIH putu halba amat popular di Pantai Timur terutama di negeri
Kelantan.

Lebih istimewa, ia hanya boleh dinikmati pada musim tengkujuh sahaja.

Rupanya seperti putu piring namun mempunyai tekstur dan rasa yang berbeza.

SinarPlus berkesempatan menemu bual salah seorang pekerja di Restoran Kuali Gelegok, Zasmawati Che Zabar bagi berkongsikan kisah lanjut transisi mudah penyediaan kulinari berkenaan.

Cerita beliau, kuih itu dihasilkan menggunakan tepung ubi kayu dan gula melaka yang diimport khas daripada Negeri Cik Siti Wan Kembang.

Baca juga:Resipi ayam bakar ala Thai siap sos ‘terangkat’ habis! Tak rugi cuba memang sedap

Proses awal kuih adalah dengan menyediakan adunan tepung yang dicampur bersama halba.

“Disebabkan tepung jenis kering hanya boleh didapati di Kelantan sahaja, oleh itu, seminggu sekali, kami perlu mendapatkan stok bahan mentah tersebut.

“Untuk pengetahuan, bagi tempoh itu, kami memerlukan 150 kilogram (kg) tepung berkenaan.

PEMILIK Restoran Kuali Gelegok, Aiman Arami

Ujarnya, kuih putu halba tidak dijual pada setiap bulan. Sebaliknya pada musim tengkujuh iaitu dari bulan Disember 2023 hingga Mac tahun ini sahaja.

Tambah Zasmawati, mereka menggunakan 30kg tepung ubi setiap hari dan boleh menghasilkan sebanyak 3,000 kuih putu halba dalam sehari.

Ujarnya, pembuatan kuih itu mudah sahaja dan mengambil masa dalam lima minit untuk dikukus.

Baca juga:Kuah laksa likat dan pekat, wanita ini kongsi resipi padu guna sardin tin je. Wajib cuba!

“Caranya, kita haruskan kisarkan tepung ubi terlebih dahulu dan perah hingga betul-betul kering. Kemudian campurkan pula halba.

“Intinya pula hanya menggunakan gula melaka yang dicincang. Setelah itu, masukkan gula kasar.

Iklan

Baca juga:Cucur udang gebu & rangup, ini resipi tanpa air kapur atau soda, macam orang dulu-dulu

“Sebelum dikukus, didihkan dahulu airdengan api yang kuat. Adunan kuih itu
perlu dibalut dengan tuala kecil. Letakkan di atas pengukus dan tutup menggunakan penutup teko,” ujarnya.

Selepas siap dimasak, beliau berkata, kuih itu lebih sedap dimakan ketika panas bersama kelapa parut.

Menurutnya, kuih yang berharga RM5 untuk tiga keping itu menerima sambutan menggalakkan daripada pelanggan.

“Alhamdulillah, kini ia dijual setiap hari berbanding hanya hari minggu sahaja sebelum ini,” tuturnya.

Iklan

RESIPI PUTU HALBA
Bahan-bahan
3 1 kg ubi kayu (sudah siap diparut)
3 Gula melaka (cincang halus) – Boleh
digantikan dengan gula perang [beli di sini]
3 Halba [beli di sini]
3 Kain tuala [beli di sini]
3 Kelapa parut

Cara penyediaan:
1. Gaulkan tepung ubi kayu dengan 1/2 sudu halba.
2. Jika tiada penutup tudung teko basuh tangan, guna piring kecil dan masukkan satu senduk
tepung.
3. Letakkan inti gula tadi mengikut
jumlah yang dimahu.
4. Tutup inti itu dengan ubi dan
tekan sedikit dengan belakang
senduk supaya tidak berderai.
5. Kemudian, balut dengan kain.
Seterusnya kukus kuih
menggunakan periuk pengukus
selama lima hingga 10 minit

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!