Quill City Mall rai Hari Kemerdekaan & Hari Malaysia dengan pelbagai aktiviti, hadiah menarik

A
A
A

TINGGAL lebih kurang seminggu sahaja lagi sebelum kita memasuki bulan merdeka.

Biasanya hari kemerdekaan kita akan disambut meriah di seluruh negara.

Pusat beli-belah Quill City Mall Kuala Lumpur (KL) antara yang teruja untuk meraikan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia  apabila menganjurkan pelbagai program menarik menerusi kempen Quill Fiesta.

Dalam satu kenyataan, pihak Quill City Mall berkata, acara itu bertujuan untuk mengekspresikan rasa terima kasih mereka kepada semua pelanggan.

Baca juga: Keunikan veil terapung Mas Idayu jadi tumpuan, sepanjang 15 kaki diterbangkan 18 belon

Sepanjang tempoh kempen bermula 7 Julai hingga 30 September 2023, para pengunjung berpeluang menembus baucar tunai daripada beberapa outlet seperti Tomaz, H&M, Watson's, Guardian dan banyak lagi.

 

“Bagi melayakkan penebusan baucar, pembeli perlu membuat perbelanjaan minimum berjumlah RM120 dalam satu resit atau maksimum dua gabungan resit di mana-mana cawangan Quill City Mall KL.

“Peserta juga berpeluang menyertai cabutan bertuah yang melayakkan mereka memenangi hadiah bernilai RM20,000,” katanya.

AISKRIM PERCUMA

Sementara itu, kerjasama Quill City Mall KL dan Inside Scoop Malaysia memberi peluang kepada pengunjung untuk menikmati aiskrim secara percuma pada setiap hari Jumaat sepanjang pesta itu berlangsung.

Bagi memenuhi minat anak-anak, Quill Fiesta telah menganjurkan program QKiddies menerusi acara Little Rangers dan Little Paleontologist.

Aktiviti tersebut memberi peluang terbaik untuk ibu bapa mengalihkan perhatian anak-anak daripada skrin dan membolehkan mereka mengambil bahagian dalam program tersebut.

Baca juga: Misi jalan-jalan cari makan buat si kecil, 5 kafe lengkap playground mampu buat mereka teruja

Baca juga:ShopeeMall X Philips lebih meriah, rebut peluang penjimatan berganda dengan baucar kedai lebih 50 peratus

Quill City Mall

Bengkel Little Rangers yang berlangsung pada 15 dan 16 Julai 2023 itu memberi peluang kepada anak kecil menyertai aktiviti yang dapat memupuk semangat kerja berpasukan dan kemahiran hidup yang berharga, katanya.

Setelah tamat permainan, peserta dianugerahkan sijil dan berpeluang merakam gambar kenangan.

“Bagi yang mungkin terlepas peluang tersebut, mereka  boleh menyertai bengkel Little Paleontologist yang menawarkan pengalaman mendebarkan pada 29 dan 30 Julai 2023 nanti.

“Aktiviti yang direka khusus untuk peminat era Jurassic tersebut memberi ruang kepada peserta untuk melibatkan diri dalam aktiviti seperti penyelidikan, ujian pitting, penggalian, analisis dan pelaporan,” katanya.

Mereka juga berpeluang untuk mengalami dunia paleontologi tersebut secara langsung.

Quill City Mall

Sebagai bonus, peserta akan membawa pulang sebuah Paparan Dinosaur dengan tanda nama istimewa sebagai kenang-kenangan.

PESTA BELON

Dalam pada itu, istimewa sempena cuti sekolah yang bakal tiba pula, shopping mall tersebut turut bekerjasama dengan pengukir belon terkenal dari Hong Kong,  China, Taiwan dan Malaysia.

Acara yang diketuai oleh Master Belon Malaysia, Joseph Ho itu akan mempamerkan Pesta Belon Penjelajah Angkasa yang menampilkan arca belon bertemakan galaksi.

“Apa yang menjadikan acara tersebut lebih luar biasa adalah penggunaan belon yang mampan dan mesra alam.

“Pesta Belon yang bakal berlangsung bermula 28 Ogos hingga 17 September 2023 itu bertujuan untuk memberikan pengalaman dunia fantasi kepada pengunjung,” kata kenyataan itu sambil memberitahu, belon-belon itu dihasilkan 100 peratus daripada bahan terbiodegradasikan.

Baca juga: Wanita kongsi teknologi ‘Find My Vehicle’ di KLIA, ramai teruja cadang letak semua ‘mall’

Quill City Mall

Dalam pada itu, Quill City Mall KL turut menyediakan bengkel pendidikan percuma bertempat di Main Court, aras G khusus untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah.

Aktiviti yang menarik itu membawakan Mascot Walkabouts setiap hari.

Pemberian Hadiah Misteri pula akan dijalankan secara dua sesi iaitu pada pukul 12.30 tengah hari hingga 1.30 tengah hari dan 4.30 petang hingga 5.30 petang.

Balloon Modelling Workshops yang berlangsung pada 2 September hingga 17 September 2023 pula akan diadakan pada setiap hujung minggu pada pukul 12 tengah hari hingga 5 petang.

Aktiviti tersebut adalah berdasarkan konsep siapa cepat dia dapat dan peserta perlu hadir awal untuk mendapatkan tempat mereka.

“Dengan mengambil bahagian dalam peraduan Snap & Win pula, pengunjung berpeluang memenangi Set Kotak Mooncake edisi terhad.

Untuk mengambil bahagian, pembeli boleh menyiarkan video atau gambar mereka di platform media sosial Quill City Mall KL sepanjang peraduan yang akan berlangsung pada  28 Ogos hingga 10 September 2023.

Baca juga: SHOPEE IT Mall lubuk beli gajet murah, apalagi rebut tawaran istimewa sempena Jualan Hari Gaji

Baca juga: 5 pilihan motosikal bajet bawah RM5,000, tawaran istimewa AutoMall di Shopee memang berbaloi

Wah! Meriah sungguh.

Jadi, apa tunggu lagi, jangan lepaskan peluang untuk memeriahkan program tersebut bersama ahli keluarga dan rakan-rakan.

Tanda siap-siap dalam kalendar di handphone masing-masing.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca