Rekaan emas beridentiti Malaysia bakal tawan Kota London, Trishya & Co mahu angkat jenama lokal ke persada antarabangsa

PERNAHKAH anda melihat koleksi loket pesona atau charm beads yang bercorak baulu,. Unik dan menarik, bukan? Memang melambangkan identiti Malaysia.

Rekaan itulah yang dihasilkan oleh jenama Trishya & Co yang sesuai disuai padan dengan gelang tangan gelung.

emas

Sesuai dengan ‘karakternya’, koleksi tersebut dinamakan sebagai Links of Malaysia (LOM).

Siapa sangka, himpunan tersebut berjaya meraih perhatian ramai.

Baca ni Cara mudah kekalkan kualiti barangan kemas lama, harga masih tinggi. Tak rugi kalau nak jual

Bahkan, penganjur sebuah pameran fesyen di Kota London turut berminat untuk membawa jenama itu ke pentas global.

Menurut Pengasas Bersama Trishya & Co, Datin Dr Raskidah Ali, pihaknya teruja dan bersedia untuk berkongsi keunikan rekaan barangan kemas jenama itu ke peringkat antabarangsa.

“Koleksi tersebut bakal dipamerkan dalam sebuah pameran fesyen terbesar di London akhir tahun ini. Peluang tersebut datang daripada sahabat saya yang juga merupakan peminat LOM.

“Harapan kami semoga penyertaan menerusi pameran fesyen terbesar di London itu dapat mengangkat jenama lokal setaraf produk antarabangsa,” ujarnya.

 

Dr Raskidah menambah, Trishya & Co bukan sahaja menghasilkan barangan kemas untuk wanita dan aksesori lelaki yang berkualiti tinggi, malah menyasarkan penjanaan ekonomi negara.

Seperti yang diperkatakan tadi, LOM bercirikan Malaysia. Ia secara tidak langsung boleh dijadikan alternatif buat pelancong asing untuk menjadi item itu sebagai kenang-kenangan apabila pulang ke negara asal.

Baca lagi Bersinar bling-bling! Wanita 13 tahun kerja kedai emas kongsi cara betul cuci barang kemas sendiri, mudah je rupanya

DESAIN UNTUK ORANG MUDA

Sementara itu, seorang lagi Trishya & Co, Nayli Batrishya Norbik Bashah mengakui, idea mengeluarkan set barangan kemas itu terinspirasi menerusi sebuah jenama terkenal yang popular dengan koleksi loket pesona atau charms.

puteri sarah

Setiap cawangan jenama tersebut di seluruh dunia menampilkan rekaan sinonim dengan imej sesebuah negara.

“Setiap kali melancong, saya lebih tertarik membeli aksesori wanita seperti gelang, loket, cincin, rantai dan anting-anting.

Iklan

“Kebiasaannya saya akan singgah membeli charms di butik barangan kemas terkenal itu sebagai ole-ole untuk diri sendiri. Cuma kebanyakan koleksi charms dibutik berkenaan diperbuat daripada perak dan emas putih.

“Justeru, saya terfikir kenapa tidak Trishya & Co mengkomersilkan identiti Malaysia melalui rekaan emas 916. Sementelah semua tahu emas adalah satu pelaburan yang baik. Inilah permulaan idea untuk menghasilkan koleksi LOM,” ujarnya.

charm

Baca lagi Anak Malaysia berjaya butik kafe di Kota London, Dr Norish Kareem bangga pilih nama sendiri sebagai jenama

Bagi menarik minat golongan muda, Dr Raskidah berkata, label mereka menitikberatkan pemilihan reka bentuk yang unik, muda dan trendy.

“Pada masa sama, saya mahu mendidik remaja melakukan pelaburan emas. Daripada membeli sesuatu yang tidak memberi keuntungan, lebih baik menyimpan untuk masa hadapan.

Iklan

charm

“Justeru, pihak kami menawarkan pelan simpanan emas secara bijak serendah RM200 dalam tempoh enam hingga 12 bulan. Setelah itu, pembeli boleh menuntut koleksi emas yang ditempah di Trishya & Co,” ujar beliau.

Selain itu, Trishya & Co turut memperkenalkan koleksi terbaharu, Lady Bug yang merupakan koleksi pertama kanak-kanak keluaran jenama tersebut.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang