Resipi peria rangup tak pahit tahan lama, hanya 4 bahan tak henti mengunyah

A
A
A

PERIA sayur yang terkenal dengan rasa pahit. Namun jika dimasak dengan teknik yang betul rasa kurang enak itu hilang dan bertukar menjadi pembuka selera.

Peria rangup sering kali menjadi pilihan ramai. Tidak hanya dimakan bersama nasi dan tiada lagi rasa pahit, ia seperti kerepek yang menjadi kudapan pada waktu senggang.

Baca kuga: Peria memang pahit, tetapi boleh rawat beberapa penyakit kronik dengan hanya minum jusnya sahaja

Baca juga: [VIDEO] Idea unik, pengantin jadikan sayur segar buah tangan tetamu majlis kahwin

Mahal harganya peria rangup jika dibeli di kedai. Harga sebalang boleh mencecah puluhan ringgit. Apa kata buat sendiri dengan resipi yang dikongsikan Ruzie Gee ini. Sangat mudah dan menyelerakan!

PERIA RANGUP

BAHAN-BAHAN

Peria segar (kuantiti terpulang kepada anda)

Tepung goreng pedas Bestari [BELI DI SINI]

Garam [BELI DI SINI]

Air

Minyak masak [BELI DI SINI]

CARA PENYEDIAAN

1-Bersihkan peria dan cungkil bijinya dengan menggunakan sudu.

2-Sagat peria dan kemudian rendam dengan air garam kira-kira 15 minit. Tos hingga kering.

3-Masukkan peria ke dalam bekas keringdan taburkan dengan tepung Bestari.

4-Pastikan ia bergaul sekata dan tidak terlalu tebal.

5-Panaskan minyak.

6-Tapis dahulu peria sebelum goreng agar lebihan tepung dapat diasingkan.

7-Gorengkan peria bersalut tadi dalam minyak yang betul-betul panas.

8-Anda boleh sesuaikan. Jika tidak mahu pedas gunakan tepung Bestari original.

9-Jika inginkan rasa pedas, gunakan tepung Bestari spicy.

10-Toskan minyak dan sejukkan. Sedia untuk dihidang.

Menurut Ruzie, peria rangup ini boleh tahan sehingga dua atau tiga bulan jika disimpan di dalam bekas kedap udara.

Selain itu, beliau berkongsi tip agar memilih peria katak berkulit cerah untuk hasil yang cantik.

Baca juga: Resipi mudah sambal bilis crispy macam yang beli, rangup berperisa naikkan selera!

5 INFO PERIA KATA

1. Mengawal tahap gula dalam darah

Peria katak merupakan salah satu terapi dan mampu mengawal tahap gula dalam darah bagi pesakit diabetes melitus jenis dua.

Ini kerana peria katak mengandungi polipeptida-P, charatin, saponin steroid dan alkaloid.

Charatin bagus berfungsi untuk sel-sel hati dalam mengawal tahap gula dalam darah.

2. Menguatkan imunisasi badan

Peria katak ini kaya dengan anti oksida yang mampu membentuk sistem pertahanan badan yang kuat. Jadi ia dapat membantu anda sembuh dengan cepat sekiranya sakit.

Di samping, peria katak ini juga mengandungi vitamin C yang mampu menghalang radikal bebas berbahaya daripada menyerang tubuh dan menyebabkan penyakit.

3. Menyihatkan kulit

Peria ini juga mampu mencantikkan kulit. Kandungan anti bakteria dan antifungus di dalam peria ini mampu melawan pelbagai penyakit kulit seperti kudis.

Namun, anda juga boleh gunakan krim berasaskan peria dalam merawat kaki yang bengkak dan kemerahan.

Baca juga: 7 jenis sayur paling tinggi khasiat, setiap wanita wajib ambil

4. Mengurangkan risiko asma

Peria memiliki ciri-ciri antivirus, antihistamin, dan anti radang yang amat membantu dalam memberi pernafasan yang baik.

Jadi kepada anda yang mengalami asma atau masalah berkaitan dengan pernafasan boleh mengamalkan makan peria ini.

5. Menyihatkan tulang

Peria mengandungi vitamin K yang amat berguna dalam membantu pengagihan kalsium ke seluruh badan.

Bagi anda yang mengalami penyakit osteoporosis amat digalakkan untuk mengambil makanan yang mengandungi vitamin K. kekurangan vitamin K boleh menyebabkan keretakan tulang, mudah mengalami lebam pada tubuh, kerosakan sistem pembekuan darah dan mengalami haid yang berlebihan.

Ini antara khasiat peria katak. Meskipun rasanya pahit namun banyak khasiat yang boleh kita peroleh daripadanya.

Baca juga: Berita baik! Kolesterol tinggi minum air halba, saintis ajar mudah rendam dalam air panas, namun perlu hati-hati

Sumber: Ruzie Gee 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca