Resipi sambal bilis tumbuk buka selera, stok sahur kesukaan anak-anak

A
A
A

SAMBAL bilis tumbuk lauk sampingan yang membuatkan kita bertambah selera. Hendak menyediakannya sangatlah mudah, hanya dengan beberapa bahan dan step ringkas sahaja.

Bagi anda yang gemar lauk ‘kering’ masa bersahur, sambal bilis tumbuk ini elok dijadikan stok. Paling penting guna lesung batu, barulah power!

Perkongsian resipi daripada Ziela Mazlan ini sangat mudah dan praktikal, berbaloi untuk dicuba!

Baca juga: Mudah resipi telur dadar crispy sedap sama macam kedai Siam, rahsianya satu bahan

Baca juga: Resipi Udang Buttermilk Cheese terlajak sedap hingga menjilat jari

SAMBAL BILIS TUMBUK

Bahan-bahan

Ikan bilis

Cili padi merah dan hijau

Bawang putih

Bawang merah

Garam

Gula

Serbuk perasa (opsyenal)

Cara penyediaan

1-Tumbuk kesemua bahan di atas.

2-Panaskan minyak dan goreng bahan-bahan yang sudah ditumbuk tadi. Anda boleh juga menggunakan pengisar ‘chopper’. Kata Ziela jika ada tomato masukkan sekali.

3-Masak dengan api yang sederhana sampai kering air. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa (opsyenal).

3-Kacau lagi sampai sambal kering. Siap!

“Sedap dimakan bersama telur dadar. Kalau ada tomato lagi sedap. Masukkan sekali ke dalam mesin chopper tu, nanti rasanya lebih kurang sama macam sambal hitam,” kongsinya.

Baca juga: Martabak mini ala bazar Ramadan, sedap dan mudah, tak perlu uli doh

5 khasiat ikan bilis

1. Vitamin A

Ikan bilis sebanyak 100 gram memberikan kira-kira 50,000 IU(International Unit) Vitamin A. Menurut National Institute of Health Office of Dietary Supplement, Vitamin A memainkan peranan penting dalam penglihatan, pertumbuhan tulang, pembiakan dan pembahagian sel, di samping membantu untuk mengawal selia sistem imun dengan menggalakkan lapisan permukaan yang sihat mata dan pernafasan, kawasan kencing dan usus.

2. Kalsium

Ikan bilis kaya dengan kalsium. Satu hidangan 100 gram ikan bilis menyediakan sehingga 147 mg kalsium yang enting untuk pembangunan dan penyelenggaraan tulang dan gigi yang sihat.

3. Kalium

Jika anda ingin menambah lebih banyak kalium ke dalam diet anda, ikan bilis adalah pilihan yang sesuai. Ikan bilis mempunyai kira-kira 383 mg kalium setiap hidangan. Ia penting untuk fungsi jantung dan memainkan peranan penting dalam pengecutan otot rangka dan licin, menjadikan ia penting untuk pencernaan normal dan fungsi otot.

4. Selenium

100 gram ikan bilis mengandungi 36 mcg selenium yang baik untuk kesihatan jantung.

5. Protein

Seperti kebanyakan ikan lain, ikan bilis juga mengandungi protein yang sangat bermanfaat untuk membina dan membaiki otot atau tisu, menghasilkan enzim, hormon, menyokong sistem imun, mengekalkan tahap tenaga dan stamina yang tinggi.

Baca juga: Resipi cendol homemade mudah 3 bahan, buat sendiri baru puas makan

Sumber: Ziela Mazlan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca