Rumput & otak antara ‘suplemen’ terbaik untuk kesihatan tubuh. Pakar jantung ini kongsikan caranya. Wajib ambil!

TUBUH manusia memerlukan nutrien untuk mengekalkan kesihatan yang optimum.

Pemilihan makanan yang baik mengikut piramid makanan adalah hal yang penting bagi memastikan seseorang kekal sihat.

Ia bukan sahaja memenuhi keperluan permakanan harian malah boleh mengelak daripada terkena penyakit.

Disebabkan itu ramai yang tertanya-tanya tentang makanan terbaik yang patut kita amalkan setiap hari.

Bagaimana pula dengan suplemen? Apakah makanan tambahan yang perlu diambil?

Perunding Kardiologi KPJ Kajang Specialist, Dr Onn Akbar Ali menerusi sebuah video menyarankan empat makanan yang terbaik perlu diambil untuk kesihatan tubuh.

“Saya ada empat yang saya recommend untuk suplemen.  Yang pertama adalah air kosong.

“Bagi saya minum air kosong adalah suplemen paling baik untuk kesihatan.

“Kita tak perlu minum air manis, teh tarik manis, tak payah pergi kedai mahal beli kopi RM15 satu hari, banyak gula, tak perlu,” ujarnya melalui TikTok baru-baru ini.

baca juga: Singkirkan lemak & kulit lebih glowing dengan dua bahan ni. Ibu hamil pun boleh amalkan sebagai suplemen!

Sebaliknya beliau menyarankan setiap individu meminum air kosong yang jauh lebih sihat dan diperlukan badan.

Seterusnya, yang kedua, doktor itu mencadangkan orang ramai supaya mengambil ‘angin’ dengan mengurangkan makan dan minum.

Hal ini kerana kebanyakan penyakit-penyakit yang dialami pesakit di Malaysia berpunca daripada permakanan yang diambil.

Beliau mengesyorkan kaedah diet intermittent fasting yang boleh membantu membuatkan badan seseorang menjadi lebih sihat.

Seterusnya,  Dr Onn Akbar mencadangkan masyarakat mengambil suplemen ‘rumput’.

baca juga: Perlukah suplemen untuk anak-anak? Ibu wajib kena tahu ini

Iklan

Pun begitu, ia bukan untuk dimakan. Sebaliknya beliau meminta orang awam supaya berjalan di atas rumput.

Ujarnya, aktiviti berkenaan adalah suatu senaman yang baik untuk kaki dan lutut.

baca juga: Wanita maut kerana makan produk suplemen kurus, pakar kongsi kes-kes berbahaya melibatkan makanan tambahan

Terakhir, beliau mencadangkan ‘otak’ sebagai makanan yang baik untuk kesihatan.

“Bukan makan otak lembu atau kambing, tetapi gunakan otak untuk dapatkan ilmu supaya tidak terpedaya dengan orang yang menjual suplemen tidak bertauliah yang bukan doktor,” katanya.

Iklan

Baca juga: Singkirkan lemak & kulit lebih glowing dengan dua bahan ni. Ibu hamil pun boleh amalkan sebagai suplemen!

Tambah beliau, pelbagai jus atau produk suplemen yang dijual di pasaran mempunyai risiko kepada kesihatan buah pinggang.

Sebenarnya untuk mendapatkan kesihatan yang baik, perkara asas yang digariskan doktor tersebut tidak boleh diabaikan.

Gaya hidup yang sihat menjamin kesihatan tubuh yang optimum.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang