Sakit ibu jari akibat ketagihan video game, kenali penyakit de Quervain Tenosynovitis

BUDAK-BUDAK zaman 80an boleh teringat masa-masa kecil dahulu, jika hendak main video game, kita terpaksa pergi ke arked di pusat beli-belah. Hingar bingar bunyi di arked.

Kekecohan para pengunjung arked masih bermain di telinga. Tetapi sekarang, untuk bermain video game, kita tidak perlu ke mana-mana.

Sekarang ada video game di komputer, home console seperti Playstation dan Xbox dan juga di telefon bimbit masing-masing.

Bila keseronokan bertukar menjadi kesakitan

Untuk menikmati video game, jari kita hendaklah sentiasa bergerak di permukaan skrin atau menekan ‘game controller’.

Aksi ibu jari dan jari telunjuk ini akan terus bergerak tanpa henti. Lama-kelamaan, sendi-sendi jari ini akan sakit dan akan menggangu aktiviti harian.

Sakit ibu jari akibat ketagihan video game, kenali penyakit de Quervain Tenosynovitis

Kecederaan disebabkan pergerakan berulang pada sendi-sendi jari diberi nama ‘Gamer’s Thumb’ atau De Quervain Tenosynovitis ibu jari.

Sakit ini adalah keradangan yang berlaku pada tendon di bahagian pangkal ibujari sehingga ke lengan.

Secara amnya, pesakit akan merasa sakit dan bengkak di bahagian bawah ibu jari.

Gerakan cengkaman akan menjadi lemah atau mendatangkan kesakitan. Lama-kelamaan kesakitan ini juga boleh menular ke pergelangan tangan dan juga bahagian lengan.

Bukan bahana permainan video semata

Ada juga sebab-sebab lain yang mengakibatkan De Quervain Tenosynovitis seperti membawa atau mengangkat barang yang berat, bermain sukan seperti golf dan permainan yang menggunakan raket, bahkan bermain piano juga boleh menjadi penyebab.

Pendek kata, segala jenis aktiviti yang melibatkan pergerakan ibujari dan lengan yang berulang-ulang dalam jangka waktu yang lama, boleh mendatangkan risiko kepada penyakit ini.

Perhatikan berapa banyak anda menggunakan ibu jari apabila sedang scroll, text atau bermain video di telefon bimbit.

Baca juga Sindrom Prader-Willi: Penghidap tak pernah rasa kenyang walau makan sebanyak mana pun

SH: 5 permainan video yang memaparkan kesan pandemik

Pelbagai cara menangani kesakitan Gamer’s Thumb

Iklan

Sekiranya sakit dan bengkak kerap berlaku sehingga mengganggu aktiviti seharian anda, sudah sampainya masa anda berjumpa doktor pakar.

Apabila diagnosis menunjukkan anda sakit Gamer’s Thumb, pakar Ortopedik anda wajar menasihati anda supaya banyak berehat dan kurangkan kekerapan bermain telefon bimbit atau permainan video.

Doktor pakar juga akan menasihati anda untuk menggunakan krim sapu yang melegakan sakit sendi tulang, melegakan bengkak dengan meletakkan pek ais ke ibu jari serta lengan, dan makan ubat tahan sakit. Anda boleh juga memakai pendakap atau ‘splint’ untuk merehatkan kawasan di sendi ibujari.

Pada masa yang sama, anda akan dirujuk kepada physiotherapist yang bertauliah, untuk merancang jenis senaman yang sesuai bagi mengembalikan mobiliti ibu jari dan mengurangkan kesakitan.

Jika semua cara-cara yang telah disebutkan tidak dapat mengurangkan kesakitan, suntikan ke atas kawasan yang sakit atau pembedahan, boleh dibincang untuk melegakan kesakitan.

Bersederhana dan jangan melampaui batas

Iklan

Apa sahaja aktiviti yang anda lakukan, setiap satu mempunyai baik dan buruknya. Kita perlu bersederhana dalam melakukan sebarang aktiviti supaya tidak mendatangkan keburukan jangka masa pendek dan jangka masa panjang seperti;

  • Ambil masa untuk berehat dan melakukan regangan (stretches).
  • Hadkan waktu menghadap sebarang skrin dan gantikan dengan aktiviti-aktiviti di luar seperti bersenam atau beriadah dengan kawan-kawan secara bersemuka.

Baca juga Otot melemah hingga buatkan pesakit hilang upaya untuk bergerak. Awasi anak-anak jika mereka mengadu hal ini

Ini adalah penting untuk kita menggabungkan gaya hidup sihat termasuk tidur yang cukup, pemakanan yang sihat dan bersenam selain dari berdepan dengan skrin atau bermain video game sahaja.

*Ditulis oleh Pakar Bedah Ortopedik Columbia Asia Hospital Tebrau, Dr Hazli Sufian Sulaiman

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.