'Saya fikir anak jer…' Keyna Azami tak sangka masih hidup, trauma pesawat senget ketika mendarat 

No Image Caption
A
A
A

DETIK yang tidak akan dilupakan seumur hidup buat pempengaruh media sosial, Keyna Azami apabila berdepan situasi mencemaskan di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Indonesia baru-baru ini.

Mana tidaknya, pesawat yang dinaiki hampir tergelincir ketika mendarat di landasan sekali gus menjadi mimpi ngeri buat ibu kepada seorang cahaya mata itu.

Menerusi satu video yang dikongsi di Instagram, Keyna yang masih dalam keadaan trauma itu menceritakan pengalaman ngeri kerana beliau benar-benar sangka itu adalah penerbangan terakhir dalam hidupnya.

No Image Caption

“Saya tak sangka masih ada di sini. Ya, saya salah seorang warganegara Malaysia yang dalam Batik Air semalam. Saya ke Jakarta untuk kerja sekejap sahaja... beberapa jam sahaja di Jakarta dan malam tu saya ambil penerbangan balik semula ke Malaysia.

“Saya tak sangka masih hidup sebab keadaan di dalam pesawat sangat teruk. Tak sangka ALLAH SWT nak pilih saya," ujarnya.

No Image Caption

Menurut Keyna, suasana bertukar huru-hara dan masing-masing panik bila kapten membuat pengumuman pesawat bersedia untuk mendarat.

Artikel Berkaitan:

“Awalnya pesawat terbang dalam keadaan yang baik, namun sewaktu ingin mendarat dan sebaik kapten memaklumkan ‘bersedia untuk mendarat,’ berlaku turbulence.

“Dekat nak sampai 20 minit lagi, kita orang dah menjerit sebab ini pertama kali Keyna lalui ‘turbulence’ yang macam ni," kongsinya.

No Image Caption

Tambahnya lagi, walaupun sudah biasa mengalami gegaran dalam penerbangan sebelum ini, namun apa yang berlaku kali ini sangat berbeza dan terlalu dahsyat.

“Sebelum ni pernah melalui pengalaman naik pesawat bergegar macam ni. Itu Keyna tak kisah," ujarnya.

Keyna turut berkongsi bagaimana semua penumpang mula panik dan masing-masing mula membaca doa serta beristighfar sepanjang proses pendaratan.

No Image Caption

“Masa nak mendarat kita orang bergegar dan bila tayar menyentuh laluannya ketika mendarat memang kita orang rasa seolah-olah terbalik. Saya dan penumpang yang tak dikenali memang berpegangan tangan serta semua beristighfar.

“Memang kuat gila beristighfar, ya ALLAH, Astaghfirullah. Saya fikir akan mati. Masa landing tu fikir, saya ada anak kecil bayi. Saya kata dekat tuhan, ya ALLAH jangan tarik aku... Kalau ENGKAU nak tarik aku, tolonglah tarik aku lepas anak dah besar.”

No Image Caption

“Sebab saya ada tanggungjawab untuk bagi anak rezeki susu badan sampai dua tahun. Sebab niat masa lahirkan dia, saya nak susukan sampai dua tahun.”

Artikel penuh di: https://sinarplus.sinarharian.com.my/dunia/enam-tahun-berjauhan-pratik-joshi-sekeluarga-maut-dalam-nahas-air-india-swafoto-terakhir-undang-sebak-dunia/news

" />

“Jadi masa mendarat tu kalau mati, anak tak dapat susu badan aku. Itu saya fikir anak sahaja,” katanya sambil menangis dalam video tersebut.

No Image Caption

Malah katanya, itu kali pertama dirinya menaiki pesawat tersebut dan insiden berkenaan benar-benar meninggalkan trauma.

Dalam ruangan kapsyen, dia berkongsi rasa syukur kerana masih diberi peluang hidup oleh Allah SWT dan mungkin sebagai peringatan untuk memperbaiki diri dan lebih menghargai kehidupan.

Sebenarnya, apa yang berlaku? Insiden yang tular itu turut mendapat perhatian ramai apabila video pesawat mendarat dalam keadaan senget dan hampir tergelincir tersebar di media sosial dan portal berita Indonesia.

No Image Caption

Bagaimanapun, wakil Komunikasi Korporat, Danang Mandala Prihantoro menjelaskan, pesawat Batik Air bernombor pendaftaran PK-LDJ tidak tergelincir dan mendarat dengan selamat serta mengikut prosedur operasi standard.

Beliau menjelaskan, angin dari sisi menjadi punca pesawat kelihatan mendarat dalam keadaan senget, namun kelajuannya masih dalam had yang dibenarkan.

No Image Caption

“Sebaik mendarat, pasukan teknikal terus lakukan pemeriksaan dan tiada kerosakan dikesan pada pesawat.”

Rasa macam terhenti jantung sekejap bila dengar kisah Keyna yang memang tak akan dilupakan sampai bila-bila. Nasib baiklah tiada apa-apa serius, kan?

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang