Sekali-sekala ‘layan’ makan mi segera memang sedap, tapi awas! Risikonya bukan biasa-biasa

SIAPA di antara pembaca SinarPlus yang bila lapar, cari ‘maggi’?

Kalau tengah malam atau hujan, makanan inilah yang kita selalu cari bila ‘craving’, kan…

Masak air panas, lebih kurang dua, tiga minit mi dah siap masak. Memang senang sangat, tak perlu berkecah.

Hirup pula kuahnya yang pedas tu panas-panas, memang layan betul!

SUMBER Alena Shekhovtcova daripada PEXELS.

Sebenarnya, mak-mak kita selalu larang anak-anak makan mi segera.

Namun, macam biasalah, kita ni mudah sangat terlupa atau buat-buat lupa.

Baru-baru ini, negara kita dikejutkan dengan berita Kementerian Kesihatan Malaysia yang mengarahkan produk mi segera tempatan dan mi segera dari sebuah negara seberang ditarik balik kerana dicemari bahan kimia bahaya yang dikenali sebagai ethylene oxide.

Apa itu ethylene oxide? Menurut laman web National Cancer Institute, ethylene oxide merupaka gas tidak berwarna yang mudah terbakar dan berbau manis.

“Sebatian ini biasanya digunakan sebagai racun perosak dan agen pensterilan.

“Keupayaan ethylene oxide untuk merosakkan asid deoksiribonukleik menyebabkan ia menjadi penyebab kanser,” katanya.

Menurut laman web itu lagi, mereka yang bekerja dan tinggal berhampiran kilang industri yang mengeluarkan bahan kimia itu biasanya juga boleh terdedah kepada ethylene oxide.

 

SUMBER Markus Winkler daripada PEXELS.

“Orang awam juga berisiko terhadap pencemaran bahan berkenaan sekiranya ia digunakan dalam produk perubatan, kosmetik dan penternakan lebah,” jelas National Cancer Institute.

Kanser perut & payudara

Tidak hanya itu, National Cancer Institute mendedahkan, ethylene oxide antara penyebab kepada penyakit limfoma dan leukemia.

Sebatian kimia berkenaan juga boleh menyebabkan kanser perut dan payudara.

Dalam pada itu, Healthline menyenaraikan implikasi buruk lain di sebalik pengambilan mi segera. Antaranya:

1) Makanan tersebut tinggi lemak, karbohidrat dan natrium. 

2) Sesetengah jenis mi segera ditambah vitamin dan mineral serta mengandungi mikronutrien.

3) Mengandungi penambah perisa monosodium glutamat yang boleh memberi kesan sakit kepala, kekejangan otot, kebas atau sesemut.

Iklan
SUMBER Andrea Piacquadio daripada PEXELS.

4) Pengambilan secara kerap adalah diet yang tidak sihat dan menyumbang kepada peningkatan risiko sindrom metabolik. 

5) Mengandungi kandungan sodium yang tinggi yang menyumbang kepada tekanan darah tinggi.

Jika anda memang seorang penggemar mi dan ‘tabiat’ itu memang sukar untuk dikikias, Healthline memberi cadangan yang lebih baik.

Kata mereka, orang ramai disaran makan mi yang diperbuat daripada bijirin penuh yang boleh memberi rasa kenyang, selain meningkatkan kandungan serat.

“Mi segera yang rendah sodium juga membantu mengurangkan pengambilan sodium dalam diet harian,” kata Healthline.

Baca juga: Awas! 2 mi segera dorong kanser limfoma & leukemia, 10 fakta anda perlu tahu

Baca juga: Ibu, jangan beri anak makan mi segera, doktor dedah 10 fakta mudah faham mengenainya

Iklan

 

SUMBER Kawê Rodrigues daripada PEXELS.

Ujar laman web kesihatan itu lagi, menambah sayur dan sumber protein ke dalam hidangan mi segera juga akan menjadikan ia lebih seimbang.

Ya, di Malaysia agak sukar menemui mi yang dinyatakan itu.

Nasihat SinarPlus, lebih baik langsung tidak menjamah mi segera kerana impaknya bukan biasa-biasa. Bukankah ada banyak makanan lain yang sedap-sedap?

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.