Selesa bergaya menjelang raya, XES SHOES tonjol keanggunan dan style yang tersendiri

KEMERIAHAN suasana menjelang Syawal, pastinya tidak lengkap andai tidak tampil bergaya di pagi raya kelak.

Inilah masanya untuk melengkapkan penampilan anda dengan pilihan kasut untuk digayakan bersama busana baharu.

Bagi memenuhi keperluan tersebut, XES Shoes, jenama tempatan yang terkenal dengan kualiti dan rekaan trendy serta mesra poket menampilkan koleksi khas buat si pemakai yang gemar berfesyan semasa Hari Raya.

Dengan pelbagai jenis kasut untuk lelaki dan wanita, label itu menawarkan gaya yang sesuai untuk setiap perayaan.

Baca ni Dari pasar lambak ke persada dunia. Christy Ng sudah memiliki 11 butik di seluruh negara

KASUT 2

Selain itu, menurut Pengasas dan Pengarah Urusan XES Shoes, Simpson Wong, jenama ini turut memahami kepelbagaian cita rasa dan gaya.

“Lebih istimewa, ia menawarkan pembelian mengikut kategori yang terdiri daripada sepuluh kategori di laman sesawang rasmi milik jenama ini.

“Bagi lelaki, terdapat pelbagai pilihan seperti jenis kasut kasual, sandals, sneakers, boots, dress dan loafers. Sementara bagi wanita pula, kasut seperti kasut tinggi, wedges, sandals, sneakers, flats, loafers dan kasual turut ditawarkan,” katanya.

Baca lagi ‘Saya jatuh bangun banyak kali, tapi sabar pasti ada ganjarannya’ – Wawa Zainal

KASUT 1

BERGAYA DAN BERFESYEN

Tambah Simpson lagi, kepakaran jenama ini dalam memenuhi kehendak pelanggan untuk mencapai keselesaan pemakaian kasut dapat diserlahkan dengan penjualan aksesori kasut seperti bahan penjagaan kasut dan sarung kaki yang dipasarkan di semua rangkaian cawangan.

Ketelitian XES Shoes dalam penggayaan kasut ini tidak terhad kepada kasut semata-mata. Malah, ia turut mengeluarkan beg tangan wanita selari dengan sifat wanita yang suka bergaya dan berfesyen.

Simpson Wong

“Pilihan seperti sling bag, shoulder bag, canvas bag, wallet, pouch dan belt bag juga tersedia buat anda. Anda boleh memilih daripada pelbagai pilihan, termasuk kasut formal, kasut kasual, dan sandal yang sesuai untuk pelbagai acara semasa Hari Raya ini.

“Dengan pelbagai pilihan yang ada, anda pasti dapat menemui kasut serta beg yang sesuai dengan gaya peribadi anda,” katanya.

Jelas Simpson lagi, produk kebanggaan mereka pastinya menepati harga dan cita rasa tempatan. Terbaharu, XES Shoes mengadakan promosi kasut raya viral.

 

“Kasut dari XES Shoes tidak hanya menawarkan keselesaan, tetapi juga menonjolkan keanggunan dan ‘style’ yang tersendiri. Dengan rekaan yang terkini dan bahan berkualiti tinggi, setiap pasang kasut adalah pelengkap yang sempurna untuk digayakan bersama baju raya anda.

“Pada masa sama, menerusi pembelian melebihi RM120, anda berpeluang untuk menerima sampul duit raya edisi terhad secara percuma! Tambahan pula, apabila pembelian anda melebihi RM180, anda tidak hanya akan mendapatkan sampul duit raya edisi terhad, malah turut menerima paper bag XES Shoes edisi terhad secara percuma,” katanya.

Baca juga Malang tak berbau! Hati-hati bagi anak pakai kasut getah. Boleh jadi punca kecederaan di eskalator

xes shoes

KEMPEN 20 SEN SESAMA

Sekadar makluman, sejak tahun 2018, jenama berkenaan tidak pernah lupa menjalankan pelbagai lawatan amal untuk mengagihkan bantuan kepada keluarga atau sesebuah organisasi yang memerlukan.

Iklan

“XES Shoes juga telah melancarkan kempen “20sen Untuk Sesama” sebagai sebahagian daripada inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) kami. Usaha ini dapat dilihat apabila setiap pasang kasut yang berjaya dijual akan disumbangkan sebanyak 20sen kepada projek “Kongsi Rezeki Bersama XES”.

“XES Shoes mempunyai sasaran untuk memberi bantuan daripada segi kewangan dan perubatan kepada keluarga B40, rumah anak yatim, rumah penjagaan serta golongan memerlukan yang lain.

“Sebagai jenama Malaysia, XES Shoes mahu menggalas tanggungjawab untuk memberikan yang terbaik buat masyarakat tempatan,” katanya.

Baca juga Hanya jual kasut vintaj, remaja mampu jana pendapatan hingga RM1.09juta setahun. Lumayan sungguh!

xes shoes 1

Untuk rekod, XES Shoes merupakan sebuah jenama Malaysia yang telah ditubuhkan selama 22 tahun sejak 2002.

Bermula dengan sebuah cawangan di Wangsa Maju, kini XES Shoes mempunyai lebih daripada 140 rangkaian kedai di seluruh negara.

Berkat daripada keazaman yang tidak pernah mengenal erti putus asa telah membuatkan XES Shoes berjaya menempatkan nama di kemuncak persaingan sengit antara jenama-jenama kasut tempatan.

Iklan

Baca lagi Selesa, mudah gosok dan bentuk, inspirasi hijab daripada juadah Syawal tampilkan kelainan buat DOA AZ

KASUT

Pencapaian XES Shoes sebagai jenama pilihan rakyat Malaysia sememangnya tidak dapat dinafikan lagi apabila jenama ini telah diiktiraf sebagai Most “Malaysian Brand” Shoe Outlet Chain Store dan Superbrands Malaysia’s Choice Award.

Berbekalkan semangat juang yang tinggi serta pengetahuan dan kemahiran dalam pembuatan kasut, XES Shoes bertungkus-lumus untuk memastikan kualiti kasut mereka terjamin dengan menawarkan harga yang berpatutan selari dengan matlamat untuk menjaga mutu produk serta memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!