Sentiasa menghadap skrin, rengsa ketika berada di pejabat? Anda memang terkena sindrom ini...

A
A
A

PERNAH tak anda rasa begitu terseksa apabila bekerja di pejabat? Bukan sahaja kurang gemar dengan suasana persekitaran, tetapi terpaksa menghadap komputer seharian?

Tindakan itu sekali gus membuatkan seluruh badan atau pinggang kita sakit-sakit lantaran duduk terlalu lama.

Jika ciri-ciri itu ada, ia bermakna anda sedang berdepan dengan sindrom pejabat.

Merujuk penulisan Dr Tan and Partners dari Singapura, kebanyakan pekerja di ofis menghabiskan waktu berjam-jam menghadap paparan skrin komputer dengan posisi duduk yang sama.

SUMBER Christina Morillo daripada PEXELS.

Jika hal itu tidak ditangani, ia berpotensi membawa kepada masalah yang serius, terutamanya untuk otot seseorang.

Dalam pada itu, Mission Health Promotion Center, Thailand mendedahkan, sebanyak 60 hingga 70 peratus pekerja pejabat dalam lingkungan umur 16 hingga 35 tahun terperangkap dalam situasi itu.

Bagi mengulas lanjut topik sindrom pejabat, SinarPlus mengemukakan beberapa soalan kepada Pakar Perunding Psikiatri, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah, Dr Ahmad Rostam Md Zin.

Ujar Dr Ahmad Rostam, semasa pandemik, rata-rata syarikat telah mengubah corak pekerjaan iaitu mempraktikkan sistem bekerja dari rumah (BDR). Ketika itulah, ramai individu yang terdedah kepada sindrom berkenaan.

 

"Keadaan bekerja di pejabat sebenar dan 'pejabat di rumah' sememangnya berbeza sama sekali kerana di pejabat sebenar, kita boleh mengatur langkah ke kafe dan tandas.

Walaupun bekerja selama lapan jam dengan menghadap komputer, kita masih boleh bebas bergerak ke sana sini untuk kurangkan ketegangan otot,” jelasnya.

Pun demikian, konsep BDR telah membataskan dan menyekat kebebasan seseorang.

Baca juga: Kerap guna contact lens dan tonton televisyen punca sindrom mata kering? Ikuti penjelasan pakar

SUMBER ThisIsEngineering daripada PEXELS.

“Kebebasan yang dimaksudkan adalah ruang yang terhad untuk berjalan. Apabila tandas dan dapur begitu hampir, tubuh tidak berpeluang untuk meregangkan semula otot badan,” ujarnya.

Dalam pada itu, SinarPlus turut merujuk artikel yang dikongsi Hospital Samitivej, Thailand berkenaan punca tercetusnya sindrom tersebut.

Mereka berpendapat, duduk terlalu lama bukanlah penyebab utama, tetapi berpunca daripada beberapa perkara lain iaitu:

  1. Duduk dalam keadaan kaki bersilang yang boleh menjejaskan struktur tulang belakang.
  2. Individu yang suka duduk secara membongkok ke hadapan.
  3. Tidak duduk dengan betul di atas kerusi seperti duduk pada hujung kerusi.
  4. Berdiri dengan memberatkan tubuh pada bahagian sebelah badan sahaja.
  5. Tidur dalam keadaan meringkuk
  6. Duduk di atas katil untuk membaca atau menonton televisyen.
  7. Menyandang beg galas menggunakan sebelah bahu sahaja.
  8. Memakai kasut tumit tinggi lebih daripada 1.5 inci.

Baca juga: Ibu kongsi bahaya Sindrom Hair Tourniquet jari bayi terlilit, bengkak

SUMBER Christina Morillo daripada PEXELS.

Memperjelas secara terperinci mengenai kesan sindrom pejabat kepada tubuh badan, Dr Ahmad Rostam memaklumkan, sekiranya postur duduk sewaktu bekerja tidak diperbetulkan, ia boleh memicu kepada sindrom kesakitan myofascial (kesakitan kronik pada titik sensitif dalam otot sehingga mencetuskan rasa sakit pada bahagian badan lain).

Biasanya mereka yang terkesan akan rasa sakit yang keterlaluan pada otot terutamanya bahagian leher, bahu dan tulang belikat.

Berikut implikasi-implikasi lain yang boleh menimpa seseorang:

  1. Rasa sakit dan kebas pada pergelangan tangan.
  2. Masalah trigger finger yang mana salah satu jari tersangkut seakan-akan bengkok.
  3. Berlakunya keradangan pada tisu yang menyambungkan otot dan tulang.
  4. Sakit belakang yang berterusan.
  5. Timbulnya masalah perut meragam seperti masuk angin.
  6. Postur tubuh badan tidak seimbang.

Seandainya orang ramai mengambil mudah masalah tersebut dan biarkan tubuh tidak dirawat, rasa sakit berpanjangan akan dirasai sehingga berupaya mengganggu keupayaan diri untuk bekerja.

Baca juga: Makin cengkung & kurus, Celine Dion derita sindrom kejang otot tiada penawar, tidak putus asa untuk sembuh

Baca juga: Sindrom Prader-Willi: Penghidap tak pernah rasa kenyang walau makan sebanyak mana pun

SUMBER Karolina Grabowska daripada PEXELS.

Buat perubahan ruang

Bagaimana pula dari aspek rawatan? Menjawab pertanyaan itu, Dr Ahmad Rostam mencadangkan agar pesakit membuat perubahan di ruangan bekerja.

"Antaranya adalah dengan menukar kerusi kerja yang lebih selesa, mengubah posisi dan postur tubuh untuk mengurangkan impak pada otot tertentu.

"Doktor akan bekalkan ubat kepada pesakit jika mereka mengalami rasa sakit yang berpanjangan dan mungkin akan dirujuk kepada bahagian fisioterapi untuk mempelajari postur duduk yang betul dan senaman untuk mengurangkan rasa sakit,” jelasnya.

Dalam pada itu, NMC Health, Amerika Syarikat mengusulkan beberapa saranan yang baik. Antaranya:

  1. Berjalan dengan cepat dan manfaatkan sepenuhnya waktu rehat.
  2. Luangkan beberapa minit setiap jam untuk meregangkan kaki, lengan, belakang, pergelangan tangan dan leher.
  3. Regangan juga boleh dilakukan di meja sendiri.
  4. Tukar postur badan setiap jam untuk mengelakkan keletihan dan ketegangan otot.
  5. Rehatkan mata.
  6. Setiap setengah jam, luangkan masa satu atau dua minit untuk mengalihkan pandangan dari skrin untuk memberi mata anda berehat.

SUMBER Andrea Piacquadio daripada PEXELS.

CARA lain untuk menangani sindrom pejabat:

i) Minum air

- Jangan biarkan diri berada dalam keadaan dahaga. Pastikan minum lapan gelas air setiap hari.

- Penting untuk minum banyak air untuk memastikan otot dan organ kita sentiasa terhidrat.

- Dengan meneguk air, seseorang anda akan berasa lebih baik, sambil mengekalkan kitaran sihat pada otot.

ii) Dapat rehat yang cukup

- Sasarkan untuk tidur tujuh hingga lapan jam setiap malam untuk memberi masa kepada badan 'meremajakan' diri semula.

- Badan kita memerlukan tidur untuk mengendurkan otot dan mengurangkan keradangan yang boleh meningkatkan kesihatan sendi.

- Posisi tidur yang selesa adalah merujuk kepada sisi kanan atau kiri anda dengan bantal di antara kaki. Menggunakan tilam yang betul juga boleh membantu melegakan sakit sendi.

Sumber NMC Health, Kansas, Amerika Syarikat

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca