DISOKONG lebih 120 tahun penyelidikan dan dikuasakan oleh bahan aktif penjagaan kulit, SHISEIDO Revitalessence Skin Glow Foundation SPF 30 PA+++ yang baharu bakal membuatkan kulit pemakainya bercahaya dan berseri walau selepas solekan ditanggalkan.

Bukan itu sahaja, dalam tempoh seminggu, garis halus pada wajah berkurangan, lebih licin dan cerah.

Naib Presiden Kanan Pemasaran Global SHISEIDO, Deborah Ross berkata, pihaknya memanfaatkan kepakaran yang dimiliki dan mempelopori teknologi Envelop untuk membangunkan krim asas (foundation) multifungsi serta faedah yang terbukti secara teknikal.

Inovasi berkenaan dimuatkan dalam botol mutiara yang diperbuat daripada bahan kitar semula.

SHISEIDO Revitalessence Skin Glow Foundation SPF 30 PA+++

“Untuk hasil yang terbaik, gandingkan Revitalessence Skin Glow Foundation dengan Ultimune Power Infusing Serum terlaris SHISEIDO untuk dua kali kekuatan dan keserian,” katanya dalam satu kenyataan.

Secara keseluruhan, terdapat 30 warna untuk dipilih dan pengguna dinasihatkan menggunakan sistem penomboran SHISEIDO Makeup.

Baca juga Pelihara diri daripada sinar UV, berikut senarai antara krim pelindung matahari terbaik

 

Kaum Hawa boleh menggunakan warna yang lebih gelap sedikit untuk menghangatkan ton kulit mereka.

Menariknya lagi tentang produk terkini keluaran jenama tersohor itu, ia boleh digunakan untuk semua jenis kulit termasuk yang jenis sensitif.

Baca juga Cantik dengan inovasi baharu Shiseido. Kulit lembap dan selembut sutera bak pelakon Jepun

Iklan

SHISEIDO Revitalessence Skin Glow Foundation SPF 30 PA+++

Kunjungi Sephora berdekatan untuk membeli inovasi terhebat yang dipercayai ramai wanita itu.

Untuk info lanjut, layari www.shiseido.com.my/lp-foundation.

Iklan

SHISEIDO Revitalessence Skin Glow Foundation SPF 30 PA+++

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang