Strategi live 11 jam setiap hari berjaya, bantu raih jualan sehingga RM3 juta, Norhasmiza kongsi kisah bangunkan MANJABerries

No Image Caption
A
A
A

SIAPA sangka, di sebalik kejayaan MANJABerries, ada kisah inspirasi seorang wanita yang ingin menyelesaikan masalah kulitnya.

Norhasmiza Md Ghaus terpanggil untuk menghasilkan produk sendiri yang berasaskan buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan.

Semua bermula dengan masalah kesihatan kulit yang dihadapi oleh ibunya.

No Image Caption

Mesra dengan panggilan Miza, pemilik jenama produk berkenaan turut menjadikan laman sosial sebagai medium utama dalam meraih perhatian ramai.

Tujuh bulan lalu beliau bertungkus lumus dengan membuat live setiap hari tanpa gagal, nyata percaturan dan strateginya itu membuahkan hasil.

“Sebenarnya tiga bulan pertama, tak ada siapa pun yang melihat saya bersiaran di TikTok. Namun saya tak kisah. Saya hanya berhenti untuk makan dan solat sahaja.

“Dari jam 9 pagi hingga 10.30 pagi saya akan mula bersiaran. Berhenti pun selama 30 minit dan selepas itu, saya akan sambung kembali dari jam 11 hingga 1 tengah hari. Seterusnya hingga jam 12 tengah malam atau 1 pagi," ujarnya.

Beliau dalam pada itu mengakui, produk makanan tambahan seperti itu memang banyak dipasaran.

Pun demikian, pengguna takut akan keselamatan dan kesan pada kesihatan. Ditambah pula tidak banyak produk makanan tambahan yang natural.

No Image Caption

Platform media sosial

Menurut Norhasmiza yang sudah lebih 15 tahun berkecimpung dalam dunia perniagaan, produk keluarannya tidak mengandungi sebarang gula putih, gula tambahan, sebarang pewarna dan bahan pengawet.

“Setakat ini sudah lebih 30 ribu botol besar dan kecil MANJABerries terjual dengan hasil jualan melebihi RM3 juta," ujarnya yang meletakkan sasaran akan datang untuk menjual 30 ribu botol sebulan.

Beliau dalam pada itu memilih untuk memasarkan produknya melalui platform media sosial seperti TikTok, website, Instagram dan Facebook selain belum bersedia sepenuhnya untuk menerima jualan melalui ejen.

Buat masa ini, syarikatnya HA Skin & Beauty mengeluarkan tiga produk MANJABerries botol besar dan kecil serbuk, MANJABerries Advance kapsul, sabun dan Tinted Serum Sunscreen.

No Image Caption

Anak sulung daripada lima beradik itu juga bercadang untuk mengeluarkan produk penjagaan wajah.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang