TAK kiralah yang sudah berusia atau masih muda, jika berpeluang dapat bermain gelongsor gergasi memang menyeronokkan.

Apatah lagi, kalau kawasan riadah tersebut mempunyai fasiliti best seperti kolam renang dan sungai.

Lagi syok kalau kita dapat habiskan masa terluang bermain ATV, white water rafting, water abseiling dan tubing sepanjang hari.

Nah! Semua keunikan tersebut boleh dirasai jika kalian berlibur di Himalaya Camping Resort dan Rock Garden yang terletak di Gopeng, Perak.

gelongsor gergasi

Resort itu dalam satu perkongsian di Facebook memberitahu, pakej penginapan ala glamping, perkhemahan dan chalet tepi sungai ditawarkan kepada orang ramai.

“Perjalanan hanya 2 jam jer dari Kuala Lumpur atau Pinang. Selain boleh buat team building, perjumpaan keluarga dan majlis perkahwinan, penginap juga boleh menerokai Gua Tempurung.

gelongsor gergasi

“Semua kemudahan lengkap termasuk surau, dewan, bilik berhawa dingin, tapak khemah, tandas, plug point dan dewan makan yang luar. Tempat untuk berbeku pun ada,” katanya.

Slide 62 meter

Rata-rata pengunjung yang sudah bermalam di sana teruja dengan kelainan yang dibawakan resort privasi tersebut termasuklah gelongsor pelangi dipanggil Himalaya Rainbow Slide sepanjang 62 meter.

Pengguna Facebook, Nur Syamira turut berkongsi pengalaman bersama anak-anak yang seronok dapat bermain air, slide dan menerokai alam semula jadi tanpa had.

“Memang dah lama teringin nak enjoy tempat nature macam ini dan sangat rekomen buat family yang nak buat gathering atau staycation memang sesuai.

Baca juga Dekorasi interaktif dan katil lengkap dengan gelongsor, pilihan homestay mesra kanak-kanak di kota Melaka ini jadi rebutan

“Sungai sangat best dan pool pun besar. Puaslah main anak-anak. Harga pun okey sebab setiap bilik dah termasuk dengan baucar sarapan untuk empat orang,” tulisnya.

gelongsor gergasi

Seorang lagi pengunjung, Norain Tumiran menzahirkan rasa gembira apabila masa cuti anak-anak dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menyeronokkan.

“Selain mandi-manda, anak-anak puas main slide. Entah berapa kali mereka repeat tapi asalkan kamu orang gembira, mainlah nak. Emak-emak pula boleh masak-masak sambil bergosip dan makan.

gelongsor gergasi

“Malam kita main bakar-bakar pula. Semua plan last minute tapi alhamdulillah menjadi. Campsite memang best sebab bersih dan toilet pun banyak,” kongsinya.

Baca juga Gelongsor air realiti maya pertama di Malaysia, SplashMania Gamuda Cove janjikan keseronokan berganda tak kira usia

Iklan

Bagi Haiza Ahmad, tempat tersebut serasi untuk aktiviti hujung minggu kerana konsep glamping tepi sungai dengan private pool yang cantik.

 

“Terdapat lebih kurang 50 bilik berhawa dingin, dua kolam renang biru, surau, dewan makan open, tapak campsite yang luas dan bersih.

“Lebih menarik lagi, kalau stay overnight di sini memang terdapat pelbagai aktiviti menarik ada ATV, water rafting, tubing, water abseilling dan trekking Bukit Batu Putih,” katanya.

gelongsor gergasi

Sementara itu, Amarudin Ida turut bersetuju dengan keunikan percutian glamping dengan kemudahan pelbagai bilik yang cantik.

Baca juga Langkawi another level, jakuzi 3 jam di tengah laut. Sunset Cruise jadi tarikan anak muda

Iklan

“Tak payah nak pergi jauh-jauh kalau bercuti. Mana yang nak mandi sungai dekat jer, kolam pun ada. Simpan kenangan tahun ini di Gopeng. Ada rezeki boleh duduk dekat Rock Garden pula.”

gelongsor gergasi

Himalaya Camping Resort & Rock Garden
Alamat: Jalan Kampung Pintu Padang, Gopeng, Perak
Waktu operasi: 24 jam
Facebook: Rock Garden & Himalaya Camping Resort, Malaysia
Instagram: @himalaya_camp_gopeng
Web rasmi: www.himalayacamp.com dan www.rockgardencampingresort.com

gelongsor gergasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang