BIARPUN wabak Covid-19 semakin reda di Malaysia, namun produksi Monsta mengambil keputusan untuk menangguhkan tayangan filem animasi terbaharu, Mechamato.

Mechamato Movie yang sepatutnya muncul di layar perak pada penghujung tahun ini terlebih dahulu menampilkan siri animasi Mechamato.

Namun disebabkan Covid-19, mereka menangguhkan tayangan tersebut.

Pengumuman itu dibuat sendiri Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nizam Abd Razak menerusi Facebook.

“Monsta telah melancarkan sebuah video first-look daripada siri animasi Mechamato yang setakat ini sudah mengumpul lebih 6.5 juta tontonan di platform online Monsta.

“Bagaimanapun disebabkan Covid-19, Monsta terpaksa menunda tayangan Mechamato Movie tahun ini.

“Produktiviti dan perancangan kami terganggu disebabkan WFH (kerja dari rumah) dan keadaan pasaran yang tidak menentu.

“Sebenarnya, kami merancang untuk mengeluarkan Mechamato Movie akhir tahun 2020 ini, dan kemudian disusuli Mechamato Series.

“Akibat keadaan yang tidak menentu, Mechamato Movie akan dianjak ke 2021 dan kemudian disusuli oleh Mechamato Series,” ujarnya.

Iklan

Mechamato berkisarkan pengembaraan seorang pemuda bernama Amato yang secara tidak sengaja menjadi pemilik MechaBot, sebuah sfera kuasa yang mempunyai kebolehan untuk bergabung dengan objek lain.

Bersama-sama, mereka boleh bergabung menjadi seorang wira berperisai dinamakan Mechamato.

Iklan

Kemunculan Amato yang telah dewasa dalam babak pascakredit BoBoiBoy Movie 2 mendedahkan identiti beliau sebagai ayah kepada BoBoiBoy.

Bukan itu sahaja, Monsta juga dalam perancangan untuk melancarkan sebuah projek BoBoiBoy baharu yang dikenali sebagai B.I.G.

mechamato
Mechamato akan ditunda tayangan sehingga tahun depan.