TIDAK perlu bersusah payah mencari resipi istimewa untuk dihidangkan jika aplikasi Whisk sentiasa di sisi.

Whisk yang menerima pengiktirafan sebagai Google Play’s Best of 2020 Everyday Essentials Award Winner nampaknya memang berbaloi untuk dimuat turun.

Selain boleh mencipta buku resipi sendiri dalam talian, beribu-ribu menu yang dikongsikan komuniti Whisk pasti membuatkan hidup sesiapa pun lebih mudah dan menyenangkan.

Baca juga Sunting gambar nampak seperti ‘pro’, Capcut jadikan konten video lebih kreatif

whisk aplikasi popular di dapur

Iklan

Tidak kira mahu masakan yang susah dimasak sekalipun, semua resipi yang diinginkan hanya di hujung jari sahaja. Pengguna juga boleh menyimpan dan mengubah suai menu mengikut cara masing-masing.

Iklan

Dengan menekan satu butang juga, semua resipi akan bertukar menjadi senarai barangan yang diperlukan.

Jangan lupa follow kami di Instagram!