Kabin pintar pertama dunia, ini spesifikasi canggih BYD ATTO 3 2024 & BYD SEAL Dynamic untuk pasaran lokal

No Image Caption
A
A
A

PENGEDAR sah BYD di Malaysia, Sime Darby Motors secara rasminya menampilkan dua varian terbaharu, BYD ATTO 3 2024 dan BYD SEAL Dynamic untuk pasaran lokal.

Model BYD ATTO 3 2024 versi facelift itu ditawarkan pada harga bermula RM149,800 manakala BYD SEAL Dynamic dijual bermula RM163,800.

Jenama itu dalam laman web rasmi memberitahu, varian yang dinaik taraf tersebut menterjemahkan kesungguhan BYD terhadap inovasi dan kualiti tiada tandingan.

No Image Caption

“BYD ATTO 3 2024 diiktiraf dengan penarafan maksimum lima bintang oleh institut keselamatan Eropah, Euro NCAP dengan kelebihan kabin pintar pertama di dunia dengan konsep sukan kecergasan.

“Kenderaan elektrik berprestasi tinggi itu direka berdasarkan e-platform 3.0 BYD dan teknologi bateri bilah berpaten ultra selamat terkini, sekali gus memberi jaminan keselamatan berganda,” katanya.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Berikut spesifikasi BYD ATTO 3 2024 versi facelift:

• Tampil dengan lapan pembesar suara tambahan dan sistem penapisan udara PM2.5.

• Pencahayaan ambien pada pemegang pintu dengan pelbagai warna mengikut irama.

• Skrin sentuh yang dipertingkatkan kepada 15.6 inci dan kapasiti pek bateri 60.48kWj untuk jarak hingga 480 kilometer (km) dengan daya pecutan hingga 100kmj dalam 7.3 saat.

Video yang berdurasi satu minit itu bagaimanapun mendapat kecaman ramai. Bahkan, ada yang meminta wanita berkenaan memutuskan hubungan dengan teman lelakinya itu.

Berikut antara lain keunikan BYD SEAL Dynamic:

• Sistem bunyi dengan 12 pembesar suara Dynaudio dan sistem penapisan termaju PM2.5.

• Kapasiti bateri litium iron prosphate (LFP) blade berkapasiti 61.44kWj dengan jarak hingga 510km mengikut kitaran NEDC.

No Image Caption

• Kuasa output maksimum 201 kuasa kuda dan tork maksimum 310Nm, selain memecut hingga 100kmj pada 7.5 saat.

• Sokongan pengecasan pantas hingga 110kW dengan fungsi vehicle-to-road (V2L).

Untuk informasi lanjut, layari https://byd.simedarbymotors.my/.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang