Teknologi navigasi terhubung terus pada skrin MMI, ini spesifikasi canggih CFMoto edisi 800MT Explore terbaharu
JENAMA motosikal terkemuka dari China, CFMoto baru-baru ini melancarkan secara rasmi model edisi 800MT Explore untuk pasaran dalam negara.
Pengenalan varian tersebut bersama dua pilihan rona elegan iaitu Gem Black danStarry Whitemampu menarik minat pengguna apabila tampil dengan ciri dikemas kini.
CFMoto dalam laman rasmi berkata, fitur baharu tersebut dilengkapi dengan pelbagai sistem dan ciri elektronik canggih untuk meningkatkan lagi prestasi serta pengalaman penunggangan secara keseluruhan.
“Paparan antara muka multimedia (MMI) 8 inci menghubungkan teknologi navigasi terus ke skrin motosikal seperti memainkan muzik dan pemberitahuan telefon pintar.
“Ciri-ciri termaju itu menunjukkan kesungguhan CFMoto yang mahu menggabungkan teknologi moden dan kemudahan dalam model 800MT Explore,” katanya.
Berikut perincian lain edisi CFMoto 800MT Explore:
- Enjin berkembar silinder 799cc dengan sistem DOHC (gabungan teknologi terkini).
- Gabungan tenaga dan kecekapan enjin menghasilkan kuasa maksimum 67kW pada 9,250rpm dan tork maksimum 75Nm pada 8,000rpm.
- Sistem Kawalan Traksi (TCS) menghalang isu tergelincir dan diperkukuhkan lagi dengan sistem RDS Rear Radarand Enduro dan Mod Riding Pro.
- Selain mengesan titik buta dari belakang, teknologi RDS Rear Radar membantu pemandu menukar lorong dengan selamat.
- Lengkap dengan tiga bekas simpanan aluminium berwarna perak dengan kunci keselamatan setiap satu.
Tawaran harga jualan bermula RM57,800 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan).
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang