Jentera EV comel jadi tarikan, ini 5 jenama bakal tembusi pasaran global

No Image Caption
A
A
A

PERMINTAAN terhadap kenderaan berkuasa elektrik (EV) semakin mencanak naik seiring kemajuan teknologi dan penjimatan bahan api lebih mesra alam.

Merujuk statistik yang dikongsikan pakar harga automotif Eropah, Autovista Group, jumlah dagangan global dijangka meningkat daripada 14.2 juta unit pada tahun 2023 kepada 71.6 juta unit pada 2035.

Tidak hairanlah jika ramai pengeluar kereta terkemuka dunia bekerja keras untuk memenuhi mandat kerajaan yang mahu meningkatkan jualan sekurang-kurangnya 22.1 peratus menjelang tahun 2025.

#thailand #basterbakar #Nonthaburi #sinarplus #dunia #lifestylesinarharian

The Independent mendedahkan reka bentuk model yang lebih minimalis tetapi mewah dan berteknologi tinggi menjadi pilihan ramai apabila lebih banyak varian sedemikian dijual sejak kebelakangan ini.

Artikel Berkaitan:

Berikut lima jentera EV versi comel yang bakal menembusi pasaran dunia tidak lama lagi.

No Image Caption

Fiat Topolino

  • Jangkaan harga: RM50,398
  • Tarikh dilancarkan: Julai 2024
  • Keluaran: Itali

* Model comel jenis quadricycle elektrik setakat ini masih tertumpu untuk pasaran Itali dan Perancis.

* Jaminan jarak pemanduan 75.6km dengan kapasiti bateri 5.5 kWh pada kelajuan tertinggi 28mph.

No Image Caption

Mini Aceman

  • Jangkaan harga: RM178,088
  • Tarikh dilancarkan: November 2024
  • Keluaran: Jerman

* Koleksi baharu dalam keluarga Mini yang ditawarkan secara eksklusif sebagai kompak EV bagi menandingi Mini Cooper Hatchback tiga pintu dan Countryman SUV.

* Dua pilihan bateri tersedia iaitu kapasiti 42.5 kWj (jarak 308.9km) dan 54.2 kWj (jarak 406km) dengan kuasa output masing-masing 181 dan 215 kuasa kuda.

No Image Caption

Abarth 600e

  • Jangkaan harga: RM224,017
  • Tarikh dilancarkan: Hujung tahun 2024
  • Keluaran: Itali

* Jentera EV jenis crossover yang dikatakan mirip Ford Puma ST sekilas pandang.

* Dipadukan dengan 237 kuasa kuda untuk gandar hadapan menerusi motor elektrik tunggal menjadikan ia lebih berkuasa.

* Kapasiti pek bateri 52 kWh untuk jarak pemanduan hingga 406km.

No Image Caption

Alpine A290

  • Jangkaan harga: RM201,590
  • Tarikh dilancarkan: Hujung tahun 2024
  • Keluaran: Perancis

* Gaya lebih sporty dengan jolokan hot hatchback EV berbanding reka bentuk model terdahulu.

* Pacuan roda hadapan boleh memicu kuasa hingga 220 kuasa kuda dan mampu memecut 62 mph dalam tempoh 6.4 saat untuk jarak pemanduan sejauh 380km.

No Image Caption

Renault 5 E-Tech

  • Jangkaan harga: RM139,992
  • Tarikh dilancarkan: Suku pertama 2025
  • Keluaran: Perancis

* Reka bentuk lebih retro dengan mengekalkan nilai estetik desain hatchback lima pintu yang pernah dikeluarkan pada tahun 1970-an.

* Pek bateri 52kWj yang boleh memacu 134 kuasa kuda untuk jarak sejauh 399 kilometer (km). Jaminan pengecasan pantas hingga 80 peratus dalam masa 30 minit.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang