AVOKADO atau nama saintifiknya Persea Americana digelar sebagai makanan unggul kerana kandungan nutrisi tinggi yang dapat membantu mengekalkan kesihatan tubuh. Avokado adalah buah yang unik kerana ia mengandungi lebih banyak lemak sihat berbanding karbohidrat.

Buah ini juga mempunyai paras gula yang rendah. Salah satu kelebihan yang ada pada memakannya mampu memberikan rasa kenyang lebih lama. Avokado mempunyai banyak khasiat penting untuk tubuh. Beberapa kajian telah menyatakan bahawa buah avokado mempunyai banyak manfaat kesihatan.

Baca juga: Kaya khasiat, baik untuk jantung. 4 tip pilih avokado, elak beli yang terlalu ranum dan rosak

Kredit foto: Pixabay, Unsplash

Avokado mengandungi 20 jenis vitamin dan mineral. Berikut adalah kandungan nutrisi dalam 100 gram avokado:
– Vitamin K
– Folat
– Vitamin C
– Potasium
– Vitamin B5
– Vitamin B6
– Vitamin E
– Avokado juga mengandungi beberapa sebatian dalam jumlah yang kecil seperti magnesium, mangan, tembaga, besi, zink, fosforus, vitamin A, vitamin B1, vitamin B2, dan vitamin B3.

100 gram avokado mengandungi komposisi seperti berikut:

  • 160 kalori
  • 2 gm protein
  • 15 gm lemak sihat
  • 9 gm karbohidrat yang mana tujuh gram daripadanya adalah serat

Buah yang mempunyai rasa lemak ini tidak mengandungi kolesterol atau natrium dan rendah lemak tepu serta enak dimakan begitu sahaja. Ia juga juga sering dimasukkan ke dalam salad, dijadikan inti sandwich dan jus.

Tahukah anda bahawaavokado mempunyai kandungan kalium yang lebih tinggi berbanding pisang? Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa pengambilan kalium yang tinggi boleh membantu mengurangkan tekanan darah, risiko serangan jantung, strok dan kegagalan buah pinggang.

Kredit foto: Pixabay

Baca juga: Jauhi makanan proses, ibu mengandung tak boleh tinggal buah

Avokado tidak boleh disimpan dalam tempoh yang lama.Justeru, jika anda hendak membeli buah ini, pastikan jumlahnya mampu anda habiskan sebelum ia menjadi rosak.

Berikut lima tip boleh digunakan agar avokado boleh disimpan untuk tempoh yang lamai:

1. Simpan di kawasan terbuka sehingga buah avokado ranum. Tanda buah avokado sudah ranum dapat dilihat apabila warnanya bertukar menjadi gelap dan lembut apabila disentuh.

2. Apabila sudah ranum, simpan di dalam peti sejuk. Avokado yang belum dibelah mampu bertahan selama tujuh hingga lapan hari.

3. Apabila ingin menggunakannya, belah separuh buah avokado di bahagian tengah.

4. Untuk bahagian baki separuh lagi yang belum dimakan, jangan buang bijinya dan simpan di dalam bekas plastik kedap udara.

5. Letakkan baki buah avokado dalam peti sejuk, ia mampu bertahan sehingga dua hari.

Baca juga: 3 makanan bantu kurangkan rasa lapar dan 3 cara berfikir untuk kurus dan sihat

Kredit foto: Pexels

KHASIAT  AVOKADO

1. Membantu menyerap nutrien daripada makanan lain
Avokado bukan sahaja mempunyai khasiat yang tinggi, malah dapat membantu menyerap nutrien daripada makanan lain ke dalam tubuh. Satu kajian menunjukkan bahawa mendapati ia boleh meningkatkan penyerapan antioksidan ke dalam tubuh.

Iklan

2. Mengandungi antioksidan yang kuat yang boleh melindungi mata
Buah yang berasal dari negara Mexico dan Guatemala ini mengandungi antioksidan yang tinggi yang penting kesihatan mata iaitu lutein dan zeaxanthin. Kedua-dua nutrien ini dapat membantu mengurangkan risiko mendapat katarak yang biasa berlaku kepada warga emas.

3. Mencegah kanser
Satu kajian ke atas sel terpencil menunjukkan bahawa avokado membantu mengurangkan kesan sampingan kemoterapi pada limfosit manusia. Ekstrak avokado juga telah terbukti menghalang pertumbuhan sel kanser prostat.

4. Ekstraknya melegakan gejala arthritis
Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa ekstrak buah ini dan minyak kacang soya mampu mengurangkan gejala osteoarthritis dengan ketara.

5. Membantu menurunkan berat badan
Makan buah avokado membuatkan anda kenyang lebih lama. Seseorang yang memakan ‘superfood’ mempunyai keinginan untuk makan 28 peratus lebih rendah dalam tempoh lima jam selepas itu. Keadaantersebut boleh membantu mengurangkan pengambilan kalori. Ia  juga mengandungi serat tinggi dan rendah karbohidrat yang menggalakkan berat badan.

6. Mengekalkan kesihatan jantung
Avokado terutamanya minyak avokado boleh membantu meningkatkan kesihatan jantung. Lemak tidak tepu mampu menghalang perkembangan arteriosclerosis.

Baca juga: 10 jenis makanan supaya jantung sihat

Iklan

Sumber: Perbadanan pengurusan sisa pejal dan pembersihan awam -SWcorp, kaylagirgenrd.com

Kredit foto utama: Pixabay

Oleh: Norhasliza Mohd Shafi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi