Trend baharu nak diet, Tiffany’s Plate jadi pilihan selebriti. Bagus untuk kesihatan ke tak?

A
A
A

MEMILIKI penampilan yang cantik sentiasa menjadi idaman setiap orang.

Nak lawa, mesti kena jaga pemakanan. Jadi, tak hairanlah muncul macam-macam pelan diet.

Sebelum ini, terkenal dengan diet keto dan Intermittent Fasting. Ramai betul selebriti terkenal amalkan. Ada yang menjadi, ada yang tak.

Terkini, terdapat satu diet yang dikenali sebagai Tiffany' Plate.

Baru-baru ini, tular cerita pelakon dan pengacara, Che Puan Syamim Farid yang secara terbuka kongsikan amalan terbaharu itu. Apa lagi, dengan Tiffany's Platelah.

 

Beliau memuat naik rakaman video tersebut di akaun Instagram miliknya @syamimifarid.

Pelakon yang pernah menjadi cover SinarPlus itu berkata, dirinya boleh sahaja makan hidangan yang terdiri daripada pelbagai jenis sayuran tersebut setiap hari.

Seperti yang SinarPlus laporkan, beliau pernah mengaku memang tak sentuh nasi, tapi gantikan dengan sumber lagi bagi memastikan tubuh badannya tidak terjejas.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan netizen memuji amalan pemakanan sihat tersebut.

Pasti anda tertanya apakah sebenarnya diet Tiffany’s Plate’?

Sebenarnya, idea tersebut dipopularkan oleh seorang influncer TikTok, Tiffany Magee.

Menerusi laman TikToknya, Magee memaklumkan dirinya berjaya menurunkan berat badan melalui diet yang dicipta sendiri yang diberi nama Tiffany’s Plate tu lah..

Baca juga: 7 tahun diet hanya makan durian & nangka, influencer Rusia mati kebuluran

Lapor Daily Mail, wanita yang memiliki berat 104 kilogram (kg) tersebut berjaya turun lebih 36kg.

Beliau hanya makan hidangan yang terdiri daripada sosej ayam, pelbagai jenis sayuran yang rangup, sos mustard dan keju.

Selepas memuat naik makluman itu, bintang sosial media tersebut sekelip mata memperoleh lebih 625,000 pengikut di TikTok. Pantas betul!

NEKAD

Melalui pendedahan di blog miliknya, Tiffany memberitahu, beliau berdepan masalah penurunan berat badan sejak berusia lapan tahun.

Katanya, beliau makan hidangan soda, makanan segera dan dibungkus setiap hari.

“Seluruh keluarga saya mempunyai berat badan berlebihan dan cara kami makan menyukarkan saya untuk mendapatkan berat badan yang sihat.

“Saya mahu cergas, sihat dan gembira namun tidak mampu mencapainya,” ujarnya sambil memberitahu beliau mula hilang keyakinan diri sejak berusia 15 tahun.

Berat badan yang dialami membuatkannya berasa sakit kaki, keletihan, sukar menahan kelaparan dan sentiasa berpeluh.

Malu dengan penampilannya, Tiffany mengambil keputusan untuk berdiet dan beliau akhirnya menemui kaedah diet tanpa perlu berlapar.

Makan sayur-sayuran dan buah-buahan sememangnya tabiat permakanan yang sihat dan mampu menurunkan berat badan.

KEBAIKAN SAYUR

Rujukan di laman WebMD menyatakan, sayur-sayuran tinggi dengan kandungan serat dan sangat diperlukan untuk penghadaman yang optimum.

“Ia (sayur) mempunyai indeks glisemik yang rendah dan tidak akan menaikkan aras gula dalam darah selepas makan.

American Diabetes Association mencadangkan setiap individu untuk mengambil sekurang-kurangnya tiga hingga lima hidangan sayur seperti brokoli, lobak atau bunga kobis setiap hari,” katanya.

Baca juga: Salad timun bersama yogurt sedap dan menyegarkan. Diet terbaik, boleh cepat kurus!

Baca juga: Cabaran diet 30 hari tanpa gula. Apa akan jadi pada jantung, berat badan dan hati kita?

Berikut dikongsikan manfaat pengambilan sayur-sayuran dalam diet harian:

1. Memperbaiki sistem penghadaman yang lebih baik.

2. Menurunkan tekanan darah.

3. Mengurangkan risiko penyakit jantung.

4. Mengawal diabetes.

Kita sememangnya sudah mengetahui kebaikan sayur-sayuran yang baik untuk kesihatan.

SinarPlus cadangkan supaya anda mempelbagaikan hidangan tersebut supaya tidak membosankan dan boleh dimakan setiap hari.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca