Wow! Skyline Luge KL sudah dibuka, rasai pengalaman meluncur dalam terowong terpanjang di Malaysia seperti di New Zealand

A
A
A

MAHU uji diri meluncur di terowong terpanjang dengan daya graviti pertama di Malaysia?

Kalau ya, tak perlu terbang sampai ke New Zealand untuk berbuat demikian kerana Skyline Luge Kuala Lumpur yang baru dibuka menyediakan segala-galanya.

Ia merupakan tarikan hab hiburan paling baharu yang terletak di Gamuda Luge Gardens, Rawang, Selangor.

Mengulas lanjut, Pengurus Besar Skyline Luge Kuala Lumpur, Gavin Barnes berkata, pihaknya sentiasa mahu berada di barisan hadapan untuk menyampaikan pengalaman liburan terhebat.

“Kami menampilkan terowong terpanjang yang pernah dibina sekali gus menetapkan piawaian baharu untuk memacu adrenalin dan pengembaraan menyeronokkan.

“Kami juga akan menambah beberapa lagi tarikan seperti View Luge Cafe untuk pengunjung supaya mereka dapat menikmati pemandangan indah sambil makan, selain beberapa kemudahan lain yang masih dalam proses pembinaan,” katanya.

Skyline Luge Kuala Lumpur

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Reviu Media & KOL Skyline Luge Kuala Lumpur di Gamuda Luge Gardens di Rawang, Selangor yang berkeluasan 20 hektar baru-baru ini.

Sedikit info, Skyline Luge yang diasaskan di New Zealand pada tahun 1985 telah diperluaskan ke negara ini. Ia menjadi tapak kelapan di dunia dan trek kedua di Asia Tenggara.

Harga permainan Skyline Luge Kuala Lumpur bermula RM20 hingga RM80.

Skyline Luge Kuala Lumpur

TEROWONG DENGAN LAMPU LED

SinarPlus juga antara lebih 800 pengunjung yang dijemput untuk memeriahkan program yang berlangsung pada jam 10 pagi hingga lewat petang.

Skyline Luge Kuala Lumpur

Meskipun cuaca agak panas terik, namun semua itu tidak menghalang jemputan untuk mencuba trek luge di lereng bukit sepanjang lebih 1.6 kilometer.

 

Bukan sekali, tetapi sebanyak tiga kali peluang diberikan untuk kami mencuba empat laluan dengan tema berbeza iaitu Legenda, Ultra, Graviti dan Ekspres.

Baca juga Ada berani? Uji adrenalin anda di lima lokasi sukan eksktrem di Malaysia

Setiap satu trek menjangkau hingga 650 meter panjang. Sekali main memang tak puas sebab terdapat terowong yang lengkap dengan lampu LED berirama.

Skyline Luge Kuala Lumpur

Lagi best sebenarnya kalau menunggang luge pada waktu malam. Bukan sahaja cuaca tak terlalu panas, lampu neon yang dipasang kiri dan kanan laluan menyerlahkan lagi suasana.

Seperti di lokasi lain, gambar dan video anda akan dirakam oleh kamera pintar.

Baca juga Gelongsor air realiti maya pertama di Malaysia, SplashMania Gamuda Cove janjikan keseronokan berganda tak kira usia

Inovasi helmet RFID bebas tangan akan memudahkan anda untuk menebus foto dan rakaman.

Skyline Luge Kuala Lumpur

Hanya imbas kod QR dan pilih saja semua gambar yang tertera pada paparan skrin.

MANDI-MANDA

Big Bucket Splash yang dilengkapi dengan gelongsor air dan baldi gergasi wajib disinggahi. Kalau si kecil ada, mesti mereka seronok.

Taman tema yang berkonsepkan rainforest dengan pelbagai permainan air itu menjadi tarikan tambahan buat pengunjung untuk bermandi-manda bersama keluarga.

Skyline Luge Kuala Lumpur

Setakat ini, ia dibuka untuk tiga sesi bermula jam 12 tengah hari hingga 10 malam pada hari biasa.

Jika kalian datang pada hujung minggu atau cuti umum, empat sesi akan dibuka bermula jam 8.30 pagi hingga 10 malam.

Skyline Luge Kuala Lumpur

Sekali masuk, caj bayaran serendah RM20 dan kalau nak lagi jimat, boleh grab pakej kombo bermula RM60.

Baca juga Mandi sampai puas, GL Play Splashin’ Pop-Up Waterpark meriahkan cuti sekolah kanak-kanak

Sebelum pulang, apa kata kalian biarkan anak-anak untuk bermain pelbagai permainan yang tersedia di FunPark.

Skyline Luge Kuala Lumpur

Outdoor amusement park tersebut mempunyai tarikan seperti Jellycup Twist, Fruity Frenzy, Jumpshotdan Carousel, selain ferris wheel tertinggi di Malaysia yang dijangka siap pada tahun depan.

Jadi, apa tunggu lagi? Jangan lepaskan peluang keemasan untuk rebut harga istimewa.

Skyline Luge Kuala Lumpur

Untuk info lanjut, layari https://glplay.com.my/.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca