yumeat, produk daging berasaskan tumbuhan sedia dimakan. Nak buat sandwic atau makan dengan taco pun sedap

PERNAH tak anda mencuba daging berasaskan tumbuh-tumbuhan? Ingin tahu sejauh mana keenakannya, apa kata anda mencuba yumeat yang sedia dimakan.

Produk itu terdiri daripada tiga pilihan iaitu perisa asli, pedas dan dengan pes kacang.

Jenama itu dalam kenyataan berkata, produk berkenaan dihasilkan dengan teliti bagi memastikan rasa dan teksturnya seperti daging serta memberi manfaat nutrisi.

Yumeat juga dipek dalam tin yang telah disteril dengan kawalan kualiti oleh Ayam Brand, jenama kegemaran dan dipercayai sejak 130 tahun.

“Bersifat rendah lemak tepu, tiada kolesterol, bebas GMO dan MSG, tiada kandungan hormon, antibiotik mahupun bahan pengawet, yumeat juga diiktiraf halal.

“Rangkaian produk ini juga mengandungi protein tumbuhan daripada kacang-kacang, gandum, oat dan cendawan,” kata jenama itu dalam satu kenyataan.

Para pengguna boleh menikmati makanan itu terus dari tin dan dinikmati bersama burger, sandwic, pelengkap hidangan salad, bersama taco atau roti.

BACA JUGA: Wanita ini kongsi petua masakan Permaisuri Agong jika mahu resipi asam pedas daging tetel jadi lebih sedap

BACA JUGA: Cara mudah buat daging goreng kunyit lembut & juicy, bukan batang pinang pun jadi

Iklan

Jika tidak, anda boleh menambah kelazatan nasi atau mi goreng dengan menambah yumeat.

“Produk ini boleh dipelbagai lagi ketika memasak aglio olio daging. Tumis bawang putih, daging dipotong dadu, tambah cili dan daun parsli. Masak selama tiga hingga empat minit sebelum bubuh pasta yang telah direbus,” kata kenyataan tersebut lagi.

Dapatkan produk tersebut di pasar raya, kedai atau di platform Lazada dan Shopee.

Iklan

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!