'Saya lakukan ikhlas kerana ALLAH.' Raja Azura tampil manis berhijab, warganet doakan moga istiqamah

No Image Caption
A
A
A

PELAKON dan pengacara, Raja Azura meraih perhatian ramai apabila tampil bertudung menerusi slot radio SinarFM baru-baru ini.

Selamat bergelar hajah pada musim haji yang lalu, beliau yang mesra disapa Kak Engku hadir sebagai tetamu dengan mengenakan selendang berona perang muda.

Menerusi temu ramah portal berita, pemilik nama Yang Mulia Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin itu mengakui perubahan itu dilakukan kerana ALLAH.

No Image Caption

Sementelah umur juga semakin bertambah, ibu kepada tiga cahaya mata itu sudah puas dengan penampilannya sebelum ini.

"Jangan buat kerana nak kelihatan cantik, tapi lakukan kerana ALLAH.

"Apabila sudah sampai waktu, kita berubah menjadi seorang yang lebih baik.

Artikel Berkaitan:

"Kita semua makin lama makin meningkat usia. Saya tidak seperti orang lain yang mendapat mimpi dibakar sebelum memilih untuk bertudung.

"Saya lakukan dengan ikhlas kerana ALLAH dan sedar menutup aurat ini adalah tanggungjawab dan wajib kepada diri saya," katanya.

No Image Caption

Dalam pada itu, pemenang Pengacara TV Wanita Popular sebanyak dua kali itu berharap mampu memperbetulkan diri dan mampu beristiqamah.

"Saya sudah lalui macam-macam dalam hidup ini. Kita semua melalui proses kehidupan tidak kira baik atau buruk.

"Kalau ada dalam kalangan kita belum bertudung, jangan menyalahkan individu itu kerana mereka juga milik ALLAH.

"Setiap orang akan melalui pelbagai dugaan dalam hidup. Jika tiada ujian, tidak mungkin mereka mampu menjadi seorang yang matang.

"Jadi, kena selalu berfikiran positif untuk orang lain. Belum tentu yang sudah bertudung itu hatinya baik, jadi perbetulkan diri sebelum nak istiqamah," katanya.

Warga maya memuji penampilan elegan Raja Azura dan memberikan sokongan agar urusan pelakon berusia 51 tahun itu dipermudahkan.

Ujar mereka:

"Comelnya pakai tudung, nampak semakin muda nampak Kak Engku."

"Lawanya KE pakai tudung. Nampak sweet sangat, moga istiqamah."

"Wahh sudah bertudung. Moga Kak Engku terus istiqamah berlitup. Cantik kak, auto nampak muda."

Sumber: SinarFM, Berita Harian

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang