'Sebelum jadi pelakon, abang nakal...' Zamarul sifatkan status artis sebagai pekerjaan, bukan pencari jodoh
PELAKON, Zamarul Hisham memperakui bahawa cinta lokasi adalah wujud dalam industri seni tempatan.
Cuma, apa yang menghairankan adalah cinta lokasi yang melibatkan pasangan kekasih yang terdiri daripada suami dan wanita bujang.
Pemenang Pelakon TV Lelaki Popular menyifatkan tindakan itu di luar kawalan. Namun jika ditanya kepada dirinya, beliau akan mengelak diri daripada terjerumus kepada aktiviti tidak baik itu.
"Dalam industri seni cinta lokasi ini wujud, cuma yang membezakannya pasangan kekasih terdiri daripada suami atau isteri.
"Kebanyakan yang berlaku ni, yang membabitkan mereka yang sudah kahwin dengan bujang. Banyak kes yang sebegitu.
"Kalau tanya abang, ia di luar kawalan dan tak boleh nak jawab. Sebab itu masing-masing punya pemikiran dan pembawakan. Secara peribadi, abang akan elakkan cinta lokasi," ujarnya lagi.
Pada masa sama, ayah kepada empat orang anak itu bersyukur apabila 'title' artis yang disandangnya kini membuatnya berasa rendah diri.
Apa yang merisaukan Zamarul adalah kontroversi yang bakal dihadapinya jika terlibat dengan aktiviti kurang manis itu.
Lebih-lebih lagi, suami kepada pelakon Diana Rafar itu sudah melalui zaman 'nakal' sewaktu bujang dan hanya mahu setia terhadap isteri tercinta.
"Abang bersyukur jadi pelakon, sebab (jadi artis) abang tak buat jahat.
"Sebelum jadi pelakon abang nakal, abang 'player' masa tu orang tak kenal dan waktu tu abang pakai motor rxz.
"Selepas jadi pelakon, nak jadi nakal kena fikir balik orang kenal aku, jadi terhad dan di situlah yang menyelamatkan abang.
"Bagi abang nak jadi pelakon untuk apa? Kalau untuk pikat wanita, abang rasa tak lama," ulasnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Zamarul dan isterinya Diana Rafar gembira dapat menganjurkan siri kedua program "Dari Poket Artis ke Poket Artis".
Program berkenaan telah mendapat kerjasama dengan jenama makanan tambahan kesihatan Afyaa Sdn Bhd bagi menyantuni 20 artis veteran.
Dalam majlis sama, para artis tersebut hadir menerima tajaan makanan tambahan kesihatan selama tiga hingga enam bulan berserta wang tunai sebanyak RM5,000.
Lebih menarik lagi, pihak penganjur membuat kejutan untuk kesemua artis berkenaan apabila dipilih mendapatkan tajaan menunaikan umrah sumbangan daripada Pengerusi Lembaga Zakat Selangor, Datuk Seri Salim Abdul Rahman.
Antara artis yang terlibat Norlia Ghani, Delimawati, Azlee Senario, Harun Hashim, Mubarak Majid, Ako Mustapha, Bagio, Sathia dan Mak Wan Latah.
Turut hadir, Mak Engku, Kartina Aziz, Anita Rafar, Azila Rafar, Sahronizam Noor, Mak Jah, Kenji Sawahi, Aida Khaleda dan Yasin Senario.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang