Achey berduka anak retak kaki lepas tersadung batu, tangisan Tiara meruntun hati. 'Mula-mula bengkak, lepas X-ray rupanya...'

No Image Caption
A
A
A

GELAGAT anak pelawak, Achey, Nur Tiara Zinnirah, 6, sentiasa mengundang perhatian dan mencuit hati netizen.

Dalam perkembangan terbaharu, Achey dan isterinya, Nor Hasanah Yahaya kini dirundung duka selepas permata hati mereka itu mengalami kecederaan pada kaki.

Menerusi hantaran di Instagram miliknya, Achey atau atau nama sebenar Mohd Nasir Hamzah memaklumkan Tiara mengalami keretakan tulang pada bahagian kaki.

"Salam semua, doakan Tiara ya. Petang semalam dia bermain di tapak acara dan kemudian hujan lebat.

No Image Caption

"Dia (Tiara) lari nak ke booth tersadung batu dan terjatuh. Saya ingat tiada apa-apa serius namun semakin lama ia membengkak," kongsinya.

Melihatkan keadaan anak yang semakin serius, Achey dan isteri bertindak membawa anak perempuan mereka itu ke klinik bagi mendapatkan diagnosis dan rawatan.

"Selepas itu Tiara mula sakit-sakit dan kami terus membawanya untuk X-ray terus.

Artikel Berkaitan:

"Rupanya retak. Banyak betul dugaan awak kakak bulan ni," titip Achey.

No Image Caption

Lebih menghibakan, buah hati Achey dan isterinya itu menangis dan meraung kesakitan ketika dirawat doktor.

Menerusi ruangan komen, ramai yang menitipkan doa buat Tiara agar segera sembuh. Malah warganet juga berkongsi tip dan panduan penjagaan pesakit retak tulang.

Ujar mereka:

"Reaksi Achey macam ayah saya kalau anak-anak sakit. Cepat sembuh Tiara"

"Kalau retak memang sakit nak berpijak. Sakit sama macam patah jugak. Tiara kena pakai tongkat atau kerusi roda dulu tu."

No Image Caption

"Cepat baik Tiara comel."

"Rupanya dia cakap sakit itu rupanya retak. Memang sangat sakit, moga cepat sembuh ya sayang."

"Untuk retak disarankan jangan urut, better letak ais (cold compress). Kalau salah urat or terseliuh boleh la urut."

Awal Ogos lalu, SinarPlus berkongsi Tiara menjalani pembedahan membuang tonsil atau tonsilektomi susulan mengalami simptom berdengkur kuat.

Untuk rekod, Achey dan isteri, Nor Hasanah Yahaya mengambil anak angkat perempuanya itu pada Mei 2018 selepas 14 tahun mendirikan rumah tangga.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang