Air mata  bahagia Amira Othman ketika ijab kabul, kuasa doa ibu bapa jadi inspirasi. 'Kalau cerita takkan habis'

No Image Caption
A
A
A

PERKONGSIAN pengantin baharu popular, Amira Othman yang memuat naik foto pernikahannya mengundang perhatian ramai.

Dalam acara ijab kabul pada Ahad lalu, isteri kepada Fattah Amin itu mendedahkan punca dia menitiskan air mata walaupun pada awalnya kelihatan tenang dan mengawal emosi.

Sempat berpelukan dengan ibu bapanya, Othman Abdul Kadir dan Norhayati Arshads sebelum upacara membatalkan air sembahyang, pelakon drama Abang Bomba I Love You membuka cerita punca sebenar yang menyentuh hati.

"Nak share time masuk hall, memang saya rancang untuk minta Raqib Majid bacakan doa ibu bapa ini kerana saya berjalan dengan mama. 

"Abah camera shy, hehe. Saya terlalu suka doa ini, sangat meaningful:

“ALLAH, ampunkanlah segala dosa ibu dan ayahku, kasihani mereka seperti mereka menjagaku.” kongsinya.

No Image Caption

Anak kedua daripada enam beradik itu sempat meluahkan penghargaan dan rasa syukur terhadap kedua orang tuanya atas didikan yang memberi pengaruh besar dalam hidupnya sehingga ke hari ini.

Artikel Berkaitan:

"Kalau cerita pasal emak ayah ini, takkan habis. Sampai mati, mereka adalah syurga kita. Takkan boleh beli dekat mana-mana dah.

"Abah banyak mengajar diri ini. Apa yang saya buat hari ini, apa yang saya cakap hari ini, apa yang saya fikir hari ini. Abahlah yang banyak ajar dan didik saya.

"Saya selama-lamanya akan ingat pesan abah untuk selalu bersangka baik, buat baik dan jadi orang baik," titipnya.

No Image Caption

Pemilik nama Nadia Amira Othman itu juga tidak melupakan ibunya yang sarat dengan kasih sayang dan betapa kuatnya kuasa doa ibu. 

"Mama orang yang sentiasa mendoakan. Saya sentiasa memohon doa walau sekecil zarah urusan hidup saya sebab saya yakin doa ibu tiada hijab. Macam-macam keajaiban dengan doa ibu ni. Ya ALLAH, moga ibu bapa kita dikurniakan syurga tanpa hisab.

"Moga kita dapat jadi anak anak yang sentiasa membahagiakan kedua dua ibu bapa, agar bila kita ada anak nanti kita juga akan disayangi dihargai oleh anak-anak kita. Aamiin," kongsinya.

Terkenal dengan kepetahan dan ulasan yang matang setiap kali diajukan soalan, penyanyi berusia 32 tahun itu pernah dianggap memiliki skrip walhal ia adalah asbab didikan ayah. 

No Image Caption

"Selalu jawapan-jawapan podcast saya orang cakap ada skrip. Masya-ALLAH tabarakallah. 

"Semua ayat-ayat  adalah apa yang saya faham tentang hidup kerana abah banyak ajar dan membuat saya faham. 

"Banyak lagi yang harus saya belajar sebab saya pun buat salah. Namun saya yakin jika ibu ayah reda, maka ALLAH juga reda insya-ALLAH," coret Amira.

Amira yang dilahirkan pada 26 Oktober 1993 memiliki seorang kakak, Izzati Maria dan empat orang adik iaitu Sadiq Azizi, Haiqal Iskandar, Nurin Kamila dan Irfan Haris.

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang