'Fatima panggil 'Aunty Mira' – Fattah Amin akui kongsi persamaan, pandangan hidup dengan Amira Othman

No Image Caption
A
A
A

PELAKON dan penyanyi, Fattah Amin kembali bergelar suami kepada Amira Othman meluahkan kesepadanan dalam cara berfikir, nilai dan tujuan hidup membantu menguatkan lagi hubungan mereka.

Dalam siaran langsung di TikTok, pemilik nama Abdul Fattah Mohd Amin, 35, berkongsi bahawa dia dan Amira bukan sahaja sehaluan dalam hal kehidupan, malah turut berkongsi pandangan yang sama tentang agama.

No Image Caption

“Banyak bercakap tentang kerja tetapi kami ada satu topik yang saya suka iaitu mengenai agama dan tujuan hidup.

“Kami ada persamaan bila berbual tentang hidup kerana pemikiran dan kepercayaan sama.

“Apabila kami bersetuju tentang perkara yang sama, hidup akan seronok,” katanya.

Menurut Fattah, keserasian dalam pegangan agama dan pandangan hidup merupakan asas penting dalam sesebuah hubungan.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

“Saya rasa agama memang perlu letak di tempat yang pertama dalam hidup.

“Bila nak berpasangan, itu yang perkara paling utama iaitu pegangan agama dan hidup.

“Kalau dua benda itu tidak selari, takut perkara lain tak sama,” katanya lagi.

Menerusi siaran langsung itu, Fattah turut mendedahkan bahawa anak perempuan tunggalnya, Nur Fatima Aisya, 5, memanggil Amira sebagai ‘Aunty Mira’

“Fatima panggil Amira sebagai ‘Aunty Mira’,” tuturnya.

Imbas  kembali, pelakon Suri Hati Mr Pilot dan Hero Seorang Cinderella itu sah menjadi suami kepada Amira, 32, dengan hanya sekali lafaz.

Sekadar info, Fattah terdahulu berkahwin dengan selebriti dan usahawan, Nor Fazura pada 27 November 2017 dan rasmi bercerai pada 4 November tahun lalu.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Fatima pada 2 Oktober 2020.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang