Aisyah Aziz sah bergelar isteri Dr Mohd Fakhrudin Amir, abang PU Riz. Kini biras Neelofa
SELAMAT pengantin baharu dan tahniah buat diucapkan kepada penyanyi kelahiran Singapura, Aisyah Aziz yang selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihan hatinya, Dr Mohd Fakhrudin Amir Mohd Ismail.
Difahamkan, majlis pernikahan Aisyah, 31, dan Dr Mohd Fakhrudin berlangsung pada hari ini dalam suasana tertutup di Singapura.
Turut dikongsikan foto pendakwah selebriti, Haris Ismail atau PU Riz. Majlis tersebut hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat serta teman rapat kedua-dua belah pihak.

Berita gembira itu turut dikongsikan media di Singapura iaitu Mediacorp Warna 942 yang memuat naik foto pasangan baharu itu sedondon putih.
Aisyah memilih busana kebaya manakala Dr Mohd Fakhrudin pula berbaju Melayu rona sama dan bersamping biru muda.
Terdahulu, Aisyah yang juga adik kepada penyanyi popular Aliff Aziz memberi bayangan beliau sedang mengenali seseorang istimewa dan merancang untuk mendirikan rumah tangga dalam tempoh terdekat.
Malah terdapat khabar angin buah hatinya itu abang kepada seorang pendakwah selebriti yang juga suami kepada pengacara terkenal.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
