'Alhamdulillah, congrats YB.' Posting Bella Astillah tuai perhatian, warganet minta cepat kahwin & tak sabar nak makan nasi minyak

No Image Caption
A
A
A

LAMAN sosial Instagram pelakon dan penyanyi Bella Astillah menjadi perhatian warganet.

Susulan keputusan Mahkamah Rayuan melepaskan dan membebaskan Syed Saddiq daripada empat pertuduhan berkaitan penyelewengan dana ARMADA yang berlaku tujuh tahun lalu, ibu kepada dua cahaya mata menitipkan ucapan tahniah.

"Alhamdulillah, tahniah YB Syed Saddiq. Hari yang besar maknanya buat seorang insan baik.

"Bukan semua hero memakai jubah. Ada yang memakai sut, tetap tenang dan tak pernah berputus asa," titipnya.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberitahu belum terfikir untuk merancang fasa seterusnya bersama penyanyi, Bella Astillah.

No Image Caption

Hantaran berupa foto pasangan dikenali dengan tanda tagar #BASS terus tular hingga meraih lebih 77,000 dalam masa empat jam dimuat naik dan menuai pelbagai komen manis peminat.

 

Artikel Berkaitan:

 

Rata-rata mengharapkan Syed Saddiq dan pemilik nama Dayang Nabellah Awang Astillah itu berjodohan dan melangkah ke fasa seterusnya.

"Alhamdulillah tak sabar nak makan nasi minyak."

"Saya sudah ready. Team rewang Johor. YB beritahu tema warna awal-awal ok."

"Alhamdulillah, tears of happiness from me. Okay boleh set tarikh tunang, nikah, sanding."

"Saya tunggu visual invitation wedding card sahaja sekarang ni. Selain daripada itu saya tak mahu."

"Beritahu cepat, nak lock date."

No Image Caption

Syed Saddiq terdahulu usai sidang media memaklumkan beliau mahu memberi fokus untuk meraikan kemenangan berkenaan bersama keluarga.

"Buat masa ini, saya hanya mahu bawa mereka keluar makan,” katanya.

Namun, ketika ditanya sama ada Bella akan turut serta dalam sesi makan tersebut, Syed Saddiq hanya tersenyum dan enggan memberi komen.

Bagaimanapun, menerusi sebuah video tular, ahli politik berusia 33 tahun itu dilihat menikmati hidangan di samping ibunya, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz dan Bella.

Terdahulu, Bella dilihat menitiskan air mata dan berpelukan dengan ahli keluarga Syed Saddiq selepas Mahkamah Rayuan menerima keputusan rayuan sekali gus membebaskan ahli politik itu daripada dipenjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta.

Sumber: Instagram

 

 

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang